Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Thursday 3 October 2013

Sebagai Bukti Ketelusan, Jabatan Audit Negara Juga Bakal Diaudit?


AGAK sukar penulis nak menerima penjelasan bahawa isu senjata serta peralatan lain yang hilang bernilai RM 1.3 juta dan bayaran artis K-Pop dalam Festival Belia tahun lepas, seperti dinyatakan dalam audit 2012 oleh Jabatan Audit Negara ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM) kelmarin dan Kementerian Belia & Sukan (KBS) semalam,menjadi sensasi kerana peranan media.

Bukan kerana ’setup’ pihak tertentu dalam Jabatan Audit supaya ia menjadi begitu.


Maklum sajalah, kebelakangan ini pihak polis menjadi sasaran pembangkang akibat kejayaan pasukan tersebut menumpaskan banyak kumpulan kongsi gelap, termasuk menembak mati anggota kumpulan haram terbabit dlaam Ops Cantas Khas.


Malah, polis dikecam lebih teruk apabila Ops Cantas dilancarkan berbanding ketika lebih 30 kematian akibat pergaduhan antara kumpulan kongsi gelap berlaku sejak April lepas.


Pendek kata disitu, takkanlah tengah-tengah polis menjadi kecaman pembangkang, tiba-tiba laporan audit mengenai kehilangan senjata ini menjadi antara yang pertama sekali di highlightkan oleh Ketua Audit Negara di parlimen?


Sementara KBS pula tak pasal-pasal dituduh penipu kerana Menteri sebelumnya, Datuk Seri Shabery Chik pernah mengeluarkan kenyataan menafikan wang kerajaan digunakan untuk membayar kedatangan kumpulan tersebut. Walhal wang itu memang sumbangan pihak swasta yang dimasukkan dalam akaun KBS untuk tujuan tersebut.


Itulah yang nak disebutkan hari ini tentang kebarangkalian ‘peranan’ dimainkan Jabatan Audit sehingga menyebabkan polis, Kementerian Belia & Sukan (KBS) menjadi mangsa persepsi buruk masyarakat kerana ’keculasan’ Jabatan Audit membuat pendedahan ‘mengikut buku’.


Walhal tahu dah berdasarkan pengalaman yang lepas-lepas, orang tak begitu peduli tentang penjelasan yang dibuat kemudian oleh Kementerian berkaitan, yang penting apa tertulis dalam laporan Ketua Audit Negara saja.


Menjadi tanda tanya, entah kenapa Jabatan Audit tidak mengendahkan jawapan balas yang dihantar Kementerian Dalam Negeri berhubung kehilangan senjata dan peralatan lain yang berlaku dalam PDRM. Mungkinlah jawapan balas itu tidak sempat dimasukkan dalam laporan audit Ketua Audit Negara, tapi sekurang-kurangnya untuk versi yang diedarkan kepada ahli parlimen ini, letaklah footnote atau yang seumpamanya untuk menyatakan jawapan telah dibuat.


Apa susah sangat ke? Samalah kes dengan KBS, kenapa dicicirkan maklumat bahawa wang itu datang dari sumbangan swasta yang dimasukkan dalam akaun KBS untuk dibayar kepada syarikat yang menguruskan kedatangan kumpulan K-Pop tersebut? Adakah memang prosedurnya begitu atau ada niat lain yang tersembunyi? ~MyKMU

1 comment:

  1. Biasa la tu.. Laporan kehilangan benda-benda yang remeh mcm ni kan selalu terlepas pandang. Lagipun jawapan senjata api hilang jatuh dalam laut tu amat kukuh. Sama ada orang nak percaya atau tidak, ikut mereka la.. takkan nak hantar penyelam pula, laut buakn sungai. Lama2 diam la semua ni, buakannya apapun senjata api aje...

    ReplyDelete

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC