Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Tuesday 5 November 2013

Batal Lesen: Iktibar Dan Amaran Kepada Syarikat Keselamatan



KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Pembatalan lesen syarikat kawalan keselamatan baru-baru ini adalah sebagai iktibar, amaran dan pengajaran kepada syarikat lain supaya tidak melakukan kesalahan atau melanggar peraturan, kata Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatan), Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Alwi Ibrahim.


"Adalah menjadi tanggungjawab semua syarikat kawalan keselamatan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan KDN bagi mengelak sebarang kejadian atau insiden buruk berulang," katanya dalam kenyataan hari Ahad.

Pada 24 Okt lepas, KDN mengumumkan pembatalan lesen syarikat kawalan keselamatan yang menggaji pengawal keselamatan terlibat dalam kejadian menembak mati pegawai operasi Ambank di Jalan USJ Central 2, Subang Jaya, pada 23 Okt.

Syarikat berkenaan didapati gagal mematuhi syarat dan peraturan pengendalian serta pengurusan agensi persendirian di bawah Akta Agensi Persendirian 1971.

KDN adalah kementerian bertanggungjawab mengeluarkan Lesen Agensi Persendirian kepada semua syarikat kawalan keselamatan.

Pada masa ini, terdapat 751 syarikat kawalan keselamatan telah diberikan Lesen Agensi Persendirian (Kawalan Keselamatan) dan jumlah pengawal keselamatan warga tempatan di seluruh negara sehingga 28 Okt 2013 adalah seramai 226,368 orang.

Alwi berkata KDN tidak akan berkompromi apabila berlaku pelanggaran undang-undang, peraturan dan syarat dengan tindakan tegas termasuk menggantung atau membatalkan lesen syarikat kawalan keselamatan akan diambil.

Beliau dalam pada itu turut mengingatkan syarikat kawalan keselamatan berlesen agar tidak terlalu mengutamakan keuntungan sehingga mengabaikan matlamat penubuhan syarikat iaitu menyediakan pengawalan dan perlindungan terhadap keselamatan diri, harta serta perniagaan orang lain.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC