Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Saturday, 7 November 2020

Soalan² Berkenaan #PKPB



*Bolehkah saya keluar rumah?*

Hanya dua orang dari setiap isi rumah dibenarkan keluar daripada rumah. Ini hanya dibolehkan untuk urusan kerja, kecemasan dan perkara penting seperti membeli barang keperluan seperti makanan dan bahan mentah.


*Sejauh mana saya boleh bergerak?*

Perjalanan rentas daerah tidak dibenarkan. Polis akan membuat sekatan jalan untuk mengawal pergerakan.

Di Selangor, misalnya, terdapat sembilan daerah - iaitu Gombak, Hulu Langat, Hulu Selangor, Klang, Kuala Langat, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling, Sabah Bernam dan Sepang. Anda harus kekal berada di daerah anda.


*Bolehkah saya pergi bekerja?*

Sebilangan besar perniagaan masih beroperasi seperti biasa. Hanya beberapa sektor akan ditutup, seperti institusi pendidikan dan pusat hiburan.


*Bolehkah saya pergi bekerja sekiranya pejabat saya di daerah lain?*

Pengecualian dibuat untuk individu yang perlu melakukan perjalanan rentas daerah untuk bekerja, dengan syarat mereka menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan mereka di sekatan jalan raya.


*Bolehkah saya menghantar anak-anak saya ke sekolah atau pusat jagaan kanak-kanak?*

Tidak. Semua sekolah, kolej, universiti, institut latihan dan pusat jagaan kanak-kanak akan ditutup.


*Bolehkah saya makan di restoran?*

Tidak, makan dalam restoran tidak dibenarkan lagi. Restoran masih dibenarkan dibuka tetapi hanya boleh dibeli untuk dibawa pulang dan bagi tujuan penghantaran makanan.


*Adakah sekatan masa dikenakan untuk saya melakukan perjalanan dan operasi perniagaan?*

Ya. Perincian akan diumumkan tidak lama lagi. 


*Bolehkah saya beriadah di taman?*

Tidak. Semua taman awam dan pusat rekreasi akan ditutup. Anda juga tidak dibenarkan keluar untuk aktiviti rekreasi seperti bersenam atau menunggang basikal.


*Bolehkah saya berkaraoke di pusat karaoke?*

Tidak, premis hiburan tidak dibenarkan dibuka.


*Saya mempunyai majlis perkahwinan untuk dihadiri, adakah ia dibenarkan?*

Tidak, majlis perkahwinan tidak dibenarkan.


*Bagaimana dengan tempat ibadat?*

Semua tempat ibadah - Muslim dan bukan Muslim - akan ditutup.


*Bagaimana jika saya enggan?*

Ia melanggar Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 dan boleh dikenakan denda RM1,000, penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya.

Lebih buruk lagi, jika anda menghalang penjawat awam yang melaksanakan PKPB, anda boleh dikenakan hukuman penjara hingga dua tahun atau denda hingga RM10,000 atau kedua-duanya di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Penjawat awam tidak hanya terhad kepada polis dan merangkumi penjawat awam pelbagai agensi kerajaan termasuk pegawai majlis perbandaran.


#covid19 #PKPB #Belanjawan2020 #Covid2020 #2020

Friday, 6 November 2020

Belanjawan 2021 #belanjawan2021

Pengeluaran Akaun 1 KWSP diumum dalam bajet 2021.

RM500 sebulan untuk 12 bulan iaitu maksima RM6,000.

Hanya 600,000 ahli sahaja yang layak.



Selanjutnya disini—> myhometown
 

Monday, 15 December 2014

UMAT ISLAM MESTI TONTON "UMAT AKHIR ZAMAN" (VIDEO)1


http://jobdirumah.com/malayanf 

HASIL KONGSIAN SAHABAT MF semoga bermanfaat.

MESTI TONTON...
SUBHANALLAH... Kita di FASA 4 akhir zaman.. Zaman yang akan hancurnya pegangan umat islam,zaman dikatakan zaman musnahnya kerajaan islam dan muncul zaman kerajaan "DIKTATOR". Zaman yang berleluasanya FITNAH-FITNAH DAJJAL. lihat saja negara islam seperti palestin,syiria yang kini dalam kehancuran.

Monday, 20 October 2014

Program Anak Muda Melayu #iwanttotouchadog Mempersendakan ISLAM!!!!


Syed Azmi Penganjur I want to touch a dog.
 Click Photo

I want to touch a dog. Sebuah program yang dilaksanakan oleh mereka yang jahil agama. Jahil ilmu fiqh mazhab Syafie. Jahil ilmu 'uruf. Jahil ilmu fitnah khilafatul 'uruf. Jahil ilmu fiqh Aulawiyat. Dan segala kejahilan yang terkandung di dalamnya.

Program yang mampu mencipta fitnah (kekacauan dan kekeliruan) di kalangan orang awam yang kurang ilmu fiqh. Contoh fitnahnya, akan wujud mereka yang ingin sesuka hati menyentuh dan membelai anjing tanpa sebab, akan wujud mereka yang berniat untuk membela anjing sebagai haiwan dalam rumah untuk bermanja (asalkan boleh sertu lepas pegang, kononnya), dan bermacam fitnah lagi.

DARAH SATRIA

Popular Posts

SILA KLIK PIC