KOTA BHARU 15 Sept. - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam
negeri ini menyifatkan konsep tahaluf siyasi Pas dengan pakatan
pembangkang sebagai jerat yang memakan diri sendiri.
Pengerusi Badan Bertindak Agama Minda Pondok, Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff
berkata, sebelum ini banyak pihak membantah kerjasama tersebut tetapi
tidak dipedulikan Pas kerana sikap ego.
"Sebagai gerakan Islam, Pas sepatutnya bertahaluf siyasi dengan orang
Islam, bukan dengan penentang Islam. Dalam konteks negara ini tahaluf
siyasi Pas itu adalah lebih relevan jika bersama UMNO.
"Kaedah ini sememangnya bertepatan dengan konsep atau tuntutan Islam," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas pendirian Dewan Ulama Pas supaya parti itu menyemak
semula tahaluf siyasi bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang
dikatakan menyebabkan pengaruh parti tersebut semakin lemah.
Sementara itu, aktivis Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIK), Mohd.
Zawawi Awang berkata, masa depan Pas semakin lemah sekiranya terus
bekerjasama dengan parti yang tidak sama wadah perjuangannya.
Menurutnya, wawasan Pas lebih relevan sekiranya melaksanakan konsep
tahaluf siyasi bersama UMNO yang konsisten mempertahan kedaulatan agama
Islam di negara ini.
"Pas dilihat lebih berintegriti jika mengkaji semula konsep ini untuk
bersatu dengan UMNO untuk memudahkan parti itu merencanakan wadah Islam
yang diperjuangkan selama ini.sumber
PAS tidak lagi mementingkan Islam. Islam bagi mereka hanya di mulut dan perut.
ReplyDelete