Sebelum meninggalkan kupasan persoalan ini, elok juga kalau ditanya soalan kepada Abdul Hadi:
1.
Adakah kafir kerajaan Mesir (negara di mana Abdul Hadi mendapat
pendidikan Islamnya) yang kini diperintah oleh Ikhwanul Muslimin dengan
Presiden Mursi kerana masih mengekalkan undang-undang penjajah, dan tidak menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hudud?
2.
Adakah kafir kerajaan Indonesia, negara umat Islam terbesar di dunia,
kerana masih mengekalkan undang-undang Belanda dan tidak menubuhkan
sebuah negara Islam dan melaksanakan hudud?
3.
Adakah kafir Turki, negara umat Islam terbesar dalam Pakatan NATO yang
kini diperintah oleh Parti AKP di bawah pimpinan Reccep Tayyib Erdogan
yang masih mengekalkan status sekularnya dan tidak menubuhkan negara
Islam dan melaksanakan hudud?
Adakah
wajib memerangi orang Mesir, Turki dan Indonesia? Adakah jihad
menentang mereka? Adakah syahid jika mati bertempur dengan mereka?
Adakah mereka musuh Islam yang wajib ditentang?
Jawapannya kita semua tahu, TIDAK! Mesir negara Islam! Indonesia negara Islam! Turki negara Islam!
Kalau Mesir, Indonesia, Turki dan negara seumpamanya Islam; mengapa Malaysia ditohmah tidak Islam, malah dikafirkan?
Kalau Mesir, Indonesia, Turki dan kerajaan seumpamanya tidak kafir, mengapa Kerajaan Malaysia dikafirkan?
Kalau
Mesir, Indonesi, Turki dan wilayah seumpamanya tidak wajib diperangi
dan ditentang, mengapa harus pula menentang, malah berjihad terhadap
Kerajaan Malaysia?
Tepok dada tanyalah iman masing-masing.
CC:penembak tepat
No comments:
Post a Comment