Anwar sudah goyang??..Tanya sama Anwar...Apa sebab goyang??
Inilah
akibatnya apabila terlalu ghairah ingin menunjukkan sokongan dan
mengambil hati Anwar Ibrahim, akibatnya ‘posting’ yang sebelum ini
diletakkan tiba-tiba hilang tanpa dapat dikesan. Saling tak ubah seperti
perumpamaan popular mengenai biskut satu ketika dahulu ‘sekejap ada,
sekejap tak ada’.
Ia berhubung tindakan bekas pemimpin Barisan
Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari yang secara tidak
sengaja telah mengesahkan hubungan baiknya dengan Ketua Pembangkang
Malaysia, Anwar Ibrahim seperti yang di dakwa sebelum ini.
Misuari (yang mengaku masih memimpin MNLF, walaupun pada hakikatnya
telah lama disingkirkan) nyata tersilap langkah apabila memasukkan di
dalam entri laman sosial Facebooknya mengenai sokongan kepada Anwar
berhubung dakwaan liwatnya.
‘We happy that the innocent are
vindicated and that truth and justice should always prevails’ katanya
yang merujuk kenyataan bapa kepada mangsa liwat Anwar, Azlan Mohd Lazim.
Menyedari akan kesilapan yang dilakukan itu, posting Misuari
berkenaan kenyataan tersebut akhirnya ‘ghaib’ dari laman sosialnya tanpa
sebarang alasan yang kukuh. Atau mungkinkah bekas gabenor Mindanao itu
telah dihubungi oleh ‘orang-orang tertentu’ yang melihat posting
tersebut seperti membuka pekung di dada?
Walaupun secara
dasarnya ia bukan merupakan satu kesalahan namun secara prinsipnya ia
berkait dengan hubungan rapatnya dengan Anwar. Tambahan pula agensi
berita antarabangsa dan media asing turut melaporkan kenyataan dari unit
perisikan tentera Filipina yang mengaitkan Anwar terhadap pencerobohan
bersenjata di Sabah.
Malah kenyataan Misuari sebelum ini juga
dilihat berbelit-belit, berbau propaganda dan penuh dengan tipu
muslihat. Pada satu ketika, dia menafikan terlibat dalam insiden
pencerobohan di Sabah namun di masa sama menyatakan akan menghantar
tenteranya membantu pengikut Jamalul Kiram yang semakin tertekan di
Sabah.
Tidak cukup dengan itu, Misuari juga turut mengaitkan
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib yang menurutnya ‘mendengar cerita’
kononnya kehadiran penceroboh adalah kerana jemputan yang dibuat oleh
kerajaan Malaysia.
Untuk rekod, bekas Gabenor Wilayah Autonomi
Mindanao itu sebelum ini telah di tolak oleh rakyatnya kerana gagal
membangunkan wilayah kelahirannya, malah turut dikaitkan dengan amalan
rasuah dan didakwa hanya mengutamakan kepentingan diri.
Tun
Mahathir ketika diminta mengulas mengenai Anwar berhubung isu Sabah
mengatakan hairan bagaimana boleh terpedaya untuk percaya kepadanya
semasa di dalam kerajaan suatu ketika dahulu.
“Dia (Anwar)
penipu yang terbesar sampai saya pun tertipu. "Kononnya warak, kononnya
boleh (kendalikan) usrah tapi buat kerja yang tak boleh diterima oleh
orang Islam”.
Kesimpulannya sehingga kini, Anwar masih gagal
menjawab beberapa persoalan yang menjadi tanda tanya sebilangan besar
rakyat berhubung tragedi berdarah yang melanda negara ini.
1. Mengapa Anwar ghairah berulang kali menyentuh soal Sabah akan hilang. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang.
2. Apakah yang beliau bincangkan semasa pertemuan dengan Nur Misuari sebelum itu?
3. Menjawab berhubung dakwaan, terdapat pemimpin PKR lain yang turut menemui pihak tertentu di selatan Filipina.
4. Dakwaan pencerobohan pengganas Sulu berlaku atas jemputan pemimpin
pembangkang, sebagaimana dilaporkan Reuters dan media Filipina.
5.
Pencerobohan tersebut dikatakan ada kaitan dengan janji pembangkang di
Malaysia memberikan kuasa autonomi kepada Sabah jika berjaya membentuk
kerajaan kelak.
No comments:
Post a Comment