Tindakan Tian Chua Beri Pandangan Serong Terhadap Kaum Cina
KAJANG 7 Mac - Kenyataan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dilaman portal
Keadilan Daily berhubung kes pencerobohan di Lahad Datu sebagai
konspirasi UMNO beberapa lepas mendapat pelbagai reaksi daripada
pelbagai pihak.
Kenyataan tersebut turut mendapat reaksi bekas Pengerusi DAP Taman Sri
Sungai Pelek, Tan Tuan Tat yang berpendapat tindakan Tian Chua memberi
pandangan serong masyarakat terhadap bangsa Cina.
"Dengan membuat kenyataan seorang berbangsa Cina, bagaimana pandangan kumpulan masyarakat lain terhadap bangsanya sendiri?
"Jika dia seorang (berbangsa) Cina, baliklah mana tempat yang dia boleh
pergi. Dia sengaja nak buat huru-hara dalam negara," katanya kepada
pemberita pada sidang media di sini hari ini.
Tambah beliau, sebagai warganegara dan seorang Ahli Parlimen yang
mendokong kedaulatan negara, Tian Chua tidak wajar mengeluarkan
kenyataan berbaur politik.
"Jika mahu mematahkan sebatang lidi amatlah mudah. Tetapi bukan senang
untuk mematahkan seberkas lidi. Kita sepatutnya bersatu sebagai
warganegara dalam menentang pengganas,"
Sementara itu, bekas Timbalan Pengerusi DAP cawangan Taman Mega Cheras,
Lee Chee Cheng masih tetap dengan pendiriannya bersama akar umbi parti
mendesak Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng letak jawatan.
Menurut beliau yang masih berstatus ahli DAP seumur hidup itu,
kepincangan yang berlaku ketika pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat
(CEC) lalu amat mengecewakan ramai ahli parti.
"Lim Guan Eng perlu letak jawatan. Jika tidak letak jawatan, akar umbi
akan tolak DAP pada pilihanraya (PRU13) akan datang," tegas beliau.
Sebelum ini dalam sidang media sama, DAP didesak sekali lagi untuk
mengadakan semula pemilihan CEC dan menolak agenda tipu muslihat dalam
kiraan undi.
No comments:
Post a Comment