KISAH LAHAD DATU
1. Saya tahu agensi perisikan Singapura, Indonesia, Filiphina dan
Amerika Syarikat (AS) telah menarik nafas panjang apabila melihat
kejayaan Malaysia khususnya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis
DiRaja Malaysia (PDRM) dalam mengerakkan operasi bersama (Joint
operation) sehingga berjaya melumpuhkan pengganas-pengganas Sulu yang
telah menceroboh kedaulatan negara.
2. Malaysia
sudah memberikan peluang yang sebaiknya kepada pengganas ini yang
jumlahnya lebih kurang 150 ke 200 orang selama tiga minggu dan dunia
telah menyaksikan pengganas-pengganas ini menganiaya anggota pasukan
keselamatan kita.
3. Inspektor 17992 Zulkifli B. Mamat (Syahid)
terbunuh apabila pengganas Sulu melakukan sikap keji apabila
berpura-pura mengibarkan bendera putih sebagai isyarat mahu menyerah
diri.
4. Zulkifli yang merupakan ketua pasukan, menyangka musuh
berniat baik lantas bangun dari posisi bertahan dan serentak itu,
peluru dari penembak tepat dilepaskan dan menembusi kepala Allahyarham.
5. Koperal 113088 Sabarudin B. Daud (Syahid) yang bangun membantu turut
terkena peluru dari penempak tepat, maka gugurlah kedua perwira bangsa.
6. Rupanya pasukan peninjau polis yang menjalankan tugas recce dalam
ladang kelapa sawit disitu telah dikepung oleh ratusan pengganas Sulu.
7. Tanpa ketiadaan ketua pasukan, anggota lain terus membalas tembakan
dan bertahan sekurang-kurangnya setengah jam sebelum tiba pasukan
bantuan dan hasil dari kecekalan mereka yang terkepung ini, lebih kurang
12 pengganas Sulu ditembak mati.
8. Pengganas juga menganianya wira-wira polis kita yang gugur di Jaya Simunul, Kampung Seri Semporna.
9. Wira-wira polis ini yang berpakaian biasa merupakan unit Cawangan
Khas (SB) bergerak ke kampung tersebut untuk melakukan tinjauan risik
tetapi kedatangan mereka seperti sudah dapat dihidu.
10.Pengganas yang bersenjatakan raifel automatik M16 menghamburkan
peluru sehingga mereka gugur sebagai bunga bangsa, darah pekat mengalir
dari celah-celah jeti kampung tersebut.
11.Yang tinggal hidup, hanya nyawa-nyawa ikan.
12.Ketika ini, musuh menerpa dan mengerat-gerat serta memotong kepala
ketua pasukan polis ini, ada jenazah polis yang dicacatkan, mata si mati
dikorek, ada yang dipotong kepala di ditetak berkali-kali dengan
parang, ada yang masih hidup dipotong kedua-dua tangannya.
13.Yang sialnya, akhbar Filiphina yang menyokong pengganas ini
meletakkan mereka yang mati dikalangan penyokong Kiram sebagai imam-iman
tempatan dari kaum Sulu yang syahid.
14.Senarainya kecederaan
dan penganiayaan pada mereka yang mati ini saya ada tetapi demi menjaga
maruah mereka yang gugur, tidak perlulah saya siarkan, saya jamin, kalau
anda membaca…anda akan berdendam.
15.Saya sendiri tidak tahu,
tonik apa yang mereka makan atau jin mana yang mereka damping sebelum
pergi berperang sehingga memaksa mereka itu bertindak diluar batas
kemanusiaan.
16.Yang anehnya, ada juga penyokong
pengganas-pengganas ini dari negara jiran dan komen mereka terpaksa saya
buang untuk mengelakkan nama negara mereka yang besar itu tercemar dan
kotor di atas komentar rakyat mereka ini.
CC:http://www.facebook.com/photo.php?fbid=463872457017903&set=a.159716777433474.41152.152404861497999&type=1&ref=nf
No comments:
Post a Comment