Pulau
 Pinang, 28 Mac 2013 - Jika sebelum ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri 
Anwar Ibrahim sering menyanyikan lagu "tanya sama Najib, apa sebab 
goyang, nanti jawab Najib, Sabah nak hilang."
Kini, Ketua 
Wanita Umno Tanjong, Norjan Abd Hamid pula menyambung lagu P Ramlee itu 
dengan bait: “lihat dalam air, nampak bayang-bayang, bila bayang hilang,
 baru nampak muka petualang”.
 
Beliau membuat sambungan lagu itu ketika meminta kerajaan bertindak 
segera dan menyiasat untuk mengenal pasti dalang yang membantu membiayai
 pengganas Sulu menceroboh Lahad Datu, baru-baru ini.
 
Menurutnya, agak mustahil pengganas terbabit dapat melakukan 
pencerobohan itu tanpa bantuan pihak tertentu kerana mereka terbukti 
miskin dan tidak mampu membeli peralatan dan senjata.
 
 Beliau 
berharap kerajaan dapat menubuhkan segera suruhanjaya diraja untuk 
mengetahui pelbagai persoalan yang sehingga kini belum terjawab kerana 
rakyat pun mahu mengetahuinya.
 
 Sementaraitu, Ketua Wanita MCA 
Pulau Pinang, Tan Cheng Liang berkata, suruhanjaya itu wajar ditubuhkan 
untuk merungkai beberapa persoalan yang belum terjawab seperti macam 
mana pengganas boleh membeli senjata dan darimana dapat sumber kewangan.
 Selain itu, beliau juga mendesak penubuhan RCI dipercepatkan supaya 
dapat membuktikan ia bukan sandiwara seperti yang dituduh Naib Presiden 
Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua.
 
 Beliau berkata, 
suruhanjaya itu juga dapat mengembalikan maruah pasukan keselamatan dan 
mengukuhkan keselamatan rakyat Sabah. Beliau turut menyampaikan takziah 
kepada semua ahli keluarga anggota polis dan tentera yang terkorban 
mempertahankan kedaulatan Negara.
 
 Sumber : Sinar Harian/Utusan
Pulau
 Pinang, 28 Mac 2013 - Jika sebelum ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri 
Anwar Ibrahim sering menyanyikan lagu "tanya sama Najib, apa sebab 
goyang, nanti jawab Najib, Sabah nak hilang."
Kini, Ketua Wanita Umno Tanjong, Norjan Abd Hamid pula menyambung lagu P Ramlee itu dengan bait: “lihat dalam air, nampak bayang-bayang, bila bayang hilang, baru nampak muka petualang”.
 
Beliau membuat sambungan lagu itu ketika meminta kerajaan bertindak segera dan menyiasat untuk mengenal pasti dalang yang membantu membiayai pengganas Sulu menceroboh Lahad Datu, baru-baru ini.
 
Menurutnya, agak mustahil pengganas terbabit dapat melakukan pencerobohan itu tanpa bantuan pihak tertentu kerana mereka terbukti miskin dan tidak mampu membeli peralatan dan senjata.
 
Beliau berharap kerajaan dapat menubuhkan segera suruhanjaya diraja untuk mengetahui pelbagai persoalan yang sehingga kini belum terjawab kerana rakyat pun mahu mengetahuinya.
 
Sementaraitu, Ketua Wanita MCA Pulau Pinang, Tan Cheng Liang berkata, suruhanjaya itu wajar ditubuhkan untuk merungkai beberapa persoalan yang belum terjawab seperti macam mana pengganas boleh membeli senjata dan darimana dapat sumber kewangan. Selain itu, beliau juga mendesak penubuhan RCI dipercepatkan supaya dapat membuktikan ia bukan sandiwara seperti yang dituduh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua.
 
Beliau berkata, suruhanjaya itu juga dapat mengembalikan maruah pasukan keselamatan dan mengukuhkan keselamatan rakyat Sabah. Beliau turut menyampaikan takziah kepada semua ahli keluarga anggota polis dan tentera yang terkorban mempertahankan kedaulatan Negara.
 
Hidup bn
ReplyDeletey3m85e6w94 v7t81n8b80 g1g01r4u19 p5l44d8y22 o1x72s5f72 u6v14k8m41
ReplyDelete