Mohamad Fatmi berkata ‘fatwa’ Mursyidul Am PAS itu seolah-olah melihat orang Umno terlalu jahil dalam bidang agama sedangkan institusi-intitusi pendidikan Islam yang tertubuh pada hari ini adalah hasil usaha kerajaan Barisan Nasional.
“Kalau dahulu ada guru pengajian Islam sahaja tetapi demi mempertingkatkan pengetahuan Islam di kalangan pelajar di sekolah rendah maka kita wujudkan jawatan guru j-Qaf dan guru Kafa ini,” katanya.
Mohamad Fatmi turut menasihatkan pemimpin PAS itu supaya tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyatan yang boleh mendatangkan kemarahan dalam kalangan masyarakat.
“Saya harap tiada lagi kenyataan-kenyataan pelik dan boleh menaikkan kebencian sesama Islam,” katanya.
Pada 4 April lalu, Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS, terus mencetuskan kontroversi dengan mendakwa solat orang Umno tidak mendapat pahala kerana parti itu menolak dasar Islam.
Kira-kira 400 guru pendidikan Islam, guru j-Qaf dan guru Kafa hadir dalam program Tautan Mahabbah Guru-Guru Pendidikan Islam, j-Qaf dan Guru Kafa Parlimen Kota Baharu.
No comments:
Post a Comment