KLIK PHOTO
Ya begitulah bunyinya. Amat gila benar idea yang dipaparkan dalam blog Lim Kit Siang ini. Jika tidak percaya boleh baca di sini.
 Antara idea yang paling gila adalah idea yang ketiga iaitu menghalau 
semua rakyat di Pulau Pinang keluar dan menjadikan Penang sebagai zoo 
dan taman tema. 
USM juga akan ditukar menjadi zoo dan taman tema?
Selain itu, idea dalam blog Kit Siang 
itu juga mahu mengawal populasi penduduk di Pulau Pinang. Bukankah ini 
satu cadangan yang akhirnya akan membangkitkan kemarahan semua rakyat di
 Pulau Pinang? DAP mahu kawal populasi Melayu di Pulau Pinang?
Satu lagi cadangan jahat DAP adalah 
untuk mengambil semua tanah tanah yang ada di Pulau Pinang dengan 
menggunakan kekerasan dan paksaan. Memang ada cadangan DAP untuk 
mengambil tanah di Balik Pulau (baca sini). Nampaknya bukan sekadar di Balik Pulau sahaja, DAP ada rancangan yang lebih dahsyat dari itu.
Semua cadangan cadangan ini adalah 
sesuatu yang tidak masuk akal. Tidak selari langsung dengan nama parti 
yang membawa idea demokratik. Rakyat Pulau Pinang perlu bangun menentang
 kerakusan DAP ini. Jangan sampai segalanya habis tergadai baru hendak 
menyesal. 


 
No comments:
Post a Comment