Pages
▼
Tuesday, 3 December 2013
21 Lagi Warga Asing Ditahan!!!
KUALA LUIMPUR – Sekurang-kurangnya 21 warga asing ditahan dalam ‘Ops Cantas Khas’ yang dilakukan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) di sekitar Dang Wangi dan Sentul, semalam.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, mereka ditahan berikutan dipercayai tidak memiliki pas perjalanan yang sah,
Menurutnya, operasi itu tertumpu kepada warga asing yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di kilang dan pelbagai sektor lain.
“Polis juga akan memeriksa warga asing yang berkeliaran atau bersiar-siar di ibu kota yang melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63,” katanya ketika sidang media di sini, semalam.
Menurutnya, polis akan membuat pemeriksaan di empat buah daerah iaitu Brickfields, Cheras, Dang Wangi dan Sentul.
Katanya, seramai 115 anggota polis daripada empat balai polis daerah berkenaan terlibat serta beberapa anggota daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam operasi ini.
-Sinar harian
No comments:
Post a Comment