Satu ceramah yang membabitkan ahli parlimen Batu, Tian Chua di Felda
Pasoh 3, Jempol terpaksa dibatalkan akibat bantahan beberapa NGO yang
marah dengan kenyataan beliau yang mendakwa insiden pencerobohan
pengganas di Lahad Datu, Sabah, sebagai sandiwara UMNO.
Dipercayai bantahan yang dilakukan oleh GMPN dan beberapa NGO di
kawasan Jelebu pada satu ceramah yang dianjurkan oleh PAS Kawasan
Jelebu, di markas PAS Felda Pasoh 3, Jempol.
Pihak berkuasa diberitakan membatalkan ceramah tersebut bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
Pada 1 Mac yang lalu, Portal Keadilan Daily melaporan kenyataan Tian
Chua yang mendakwa pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara Kerajaan
untuk menakut-nakutkan rakyat, seolah-olah wujud suasana tidak aman di
Sabah.
Sehingga kini, 205 laporan polis tekah direkodkan berhubung kenyataan
yang dikeluarkan Naib Presiden PKR, Tian Chua, yang dilihat cuba
mempolitikkan insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah. SUMBER
No comments:
Post a Comment