Penyertaan En Azlan ke dalam PKR sudah tentu akan dipergunakan oleh
parti tersebut berhabis-habisan. Beliau akan diheret ke tepi dan ke
tengah menjelang dan semasa kempen pilihanraya untuk memberitahu rakyat
bahawa Anwar Ibrahim bersih daripada segala tuduhan salah laku seks
terutamanya liwat yang melibatkan anak beliau, Saiful Bukhari.
Hari ini bapa Saiful Bukhari, En Azlan Mohd Lazim sekali lagi mengadakan
sidang akhbar. Sidang akhbar tersebut dihadiri oleh wakil-wakil
pimpinan PKR dan PAS. Muka wakil pimpinan DAP tidak kelihatan.
Laporan yang dibuat oleh laman media menyatakan bahawa sidang media
dibuat secara tergesa-gesa dan pemberita yang hadir tidak digalak
mengemukakan soalan kepada En Azlan. Namun soalan yang bertubi-tubi
terus dikemukakan kepada beliau. Pengamal media yang hadir begitu kecewa
kerana soalan-soalan itu tidak di layan sebaliknya En Azlan hanya
membacakan kenyataan pendek penyertaannya sebagai ahli PKR.
Seperti yang saya nyatakan dalam posting pertama waktu mengulas
kenyataan “U-turn” En Azlan bahawa telahan yang saya buat nampaknya
semakin menjadi kenyataan. En Azlan menyertai PKR dan menyatakan
sokongan terbuka kepada Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.
Penyertaan En Azlan ke dalam PKR sudah tentu akan dipergunakan oleh
parti tersebut berhabis-habisan. Beliau akan diheret ke tepi dan ke
tengah menjelang dan semasa kempen pilihanraya untuk memberitahu rakyat
bahawa Anwar Ibrahim bersih daripada segala tuduhan salah laku seks
terutamanya liwat yang melibatkan anak beliau, Saiful Bukhari.
Bagi ahli dan penyokong PAS kenyataan Mursyidul Am Dato’ Nik Aziz Nik
Mat yang mengalu-alukan kenyataan En Azlan mengenai salah laku seks
Anwar Ibrahim itu tidak banyak memberi kesan kepada penyokong dan ahli
parti itu. Walau apapapun, bagi PAS penolakan untuk menamakan Anwar
Ibrahim sebagai Perdana Menteri Pakatan Rakyat SELANJUTNYA...
No comments:
Post a Comment