Khairy (tiga dari kiri) selepas mengadakan sidang media di PWTC, hari ini.
Cadangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan 
kerjasama antara kerajaan dan pembangkang adalah perkara awal yang 
pernah dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas 
Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, pada ketika itu Datuk Seri
 Najib menyeru untuk bekerjasama dalam membentuk perpaduan antara 
kerajaan dan pembangkang, namun ia tidak dilayan.
Sebaliknya, pembangkang bertindak melakukan demonstrasi dan menghasut 
rakyat dengan pelbagai dakwaan penyelewengan dalam PRU serta membuat 
petisyen pilihan raya di seluruh negara.
“Sebaliknya apa yang kita lihat berlaku dalam pilihan raya adalah siri 
demonstrasi dibuat oleh pihak pembangkang yang mempertikaikan keputusan 
pilihan raya hingga ia dibawa ke Mahkamah.
“Saya melihat setelah petisyen yang difailkan tidak menyebelahi 
pembangkang, barulah Anwar Ibrahim nak cadangkan dialog dan sebagainya,”
 katanya pada sidang media di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri ‘Merdeka 
Raya’ tiga sayap parti UMNO hari ini.
Tambahnya, pembangkang harus lebih berfikiran terbuka dan memandang ke 
hadapan demi mendahului kepentingan rakyat serta mengatasi kepentingan 
peribadi.
“Dari awal lagi Perdana Menteri minta kita bersatu bukan sebagai parti 
politik atau pembangkang dan kerajaan tetapi kita lupakan apa yang 
berlaku dalam pilihan raya dan terus pandang ke hadapan,” katanya.
Terdahulu, Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang mencadangkan untuk 
mengadakan dialog antara kerajaan dan pembangkang bagi membincangkan 
isu-isu kebangsaan yang erlu ditangani.
Beliau menyatakan demikian ketika menyampaikan perutusan Hari kemerdekaan di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, pagi tadi.
Namun menurut Anwar, seruan dialog itu tidak sama dengan cadangan 
penubuhan kerajaan perpaduan yang pernah diutarakan oleh Datuk Seri 
Najib sebelum ini.
- SUMBER



No comments:
Post a Comment