Sekitar jam 2.25 petang tadi kita di
 kejutkan dengan berita sebuah bas henti-henti bergerak di KM3 , Jalan 
Genting ke Kuala Lumpur  mengalami kemalangan jalan raya ( Jatuh Gaung )
 . Bas yang di percayai membawa lebih dari 50 penumpang terjunam lebih 
50 meter ke dalam gaung.
Berita terkini yang saya dapat pada 
9.26 PM. Jumlah mangsa yang terlibat di dalam kemalangan di Genting 
Highland tersebut  , Jantina dan Bangsa mangsa telah pun ketahui. 
Walaubagaimana pun anjing pengesan ( k9 ) sedang mengesan jika ada saki 
baki mangsa kemalangan.
Sebuah
 bas terhumban ke dalam gaung di di Kilometer 3.6 Jalan Genting 
Highlands-Kuala Lumpur ketika menuruni Genting Highlands petang ini. 
Sehingga 9 malam ini, seramai 37 orang termasuk pemandu bas disahkan 
terkorban.
Sebelum itu, Penolong Pengarah 
Operasi Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail mengesahkan kemalangan ini. 
Menurut facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat pula, anggota balai bomba 
tersebut bergegas ke tempat kejadian untuk menyelamat mangsa yang 
terlibat.
Akhbar The Star pula melaporkan 
bahawa kemalangan itu berlaku kira-kira 2km dari Kuil Chin Swee dan 
lalulintas di kawasan itu sesak. Nahas bas ekspres yang terjunam 200 
kaki ke dalam gaung di KM3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur 
membabitkan sebuah bas awam Genting Highlands.
Penolong Pengarah Operasi Bomba 
Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata bas tersebut jatuh ke dalam gaung 
sedalam 200 kaki. Menurut laporan awal, 16 mangsa sudah diselamatkan dan
 seorang yang terbunuh sudah dibawa ke hospital. Menurut Azizan 
kemalangan berlaku di Kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur
 membabitkan sebuat bas awam Genting Highlands.
Menurut facebook Jabatan Bomba dan 
Penyelamat pula, anggota balai bomba tersebut bergegas ke tempat 
kejadian untuk menyelamat mangsa yang terlibat. Sultan Pahang, Sultan 
Ahmad Shah turut berangkat ke lokasi nahas bagi meninjau kerja-kerja 
menyelamat mangsa. Manakala ADUN Ketari, Lee Chin Chen ketika dihubungi 
Malaysiakini berkata beliau dimaklumkan terdapat 49 penumpang dalam bas 
ketika kejadian itu berlaku petang ini.
Akhbar The Star pula melaporkan 
bahawa kemalangan itu berlaku kira-kira 2km dari Kuil Chin Swee dan 
lalulintas di kawasan itu sesak dan tidak bergerak.
Gambar-gambar yang diedarkan secara 
meluas di Facebook menunjukkan bas kuning terletak di dalam gaung. 
Sehingga jam 7.15 malam, 12 orang disahkan maut manakala 21 lagi 
dikhuatiri turut terkorban.
Seramai 16 lagi mangsa berjaya 
dibawa keluar daripada bas itu dan kini menerima rawatan di beberapa 
hospital kerana mengalami pelbagai kecederaan.
Sementara itu, Bernama melaporkan  
Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur (HKL) Datuk 
Seri Dr Abu Hassan Ashaari berkata setakat pukul 6.28 petang, lima mayat
 mangsa nahas dihantar ke hospital berkenaan. Mangsa lain turut dihantar
 ke Hospital Sungai Buloh, Hospital Selayang dan Hospital Bentong, di 
Pahang untuk rawatan. 
"Setakat ini Hospital Selayang 
menerima tujuh pesakit, HKL (5), Hospital Sungai Buloh dan Hospital 
Bentong masing-masing dua mangsa," katanya. Mangsa yang terlibat dalam 
lingkungan umur 19 hingga 50 tahun, katanya yang ditemui di hospital 
berkenaan. Sementara itu, akhbar berbahasa Cina, Oriental Daily, yang 
memetik Jabatan Bomba dan Penyelamat, jumlah terkorban ialah 37 orang, 
16 cedera.
Akhbar tersebut melaporkan bahawa 
mangsa yang terkorban terdiri daripada 32 Cina, tiga India dan dua 
Melayu. Semua mangsa dibawa keluar pada jam 8.15 malam. Oriental Daily 
juga melaporkan bahawa bas terbabit membawa 53 penumpang. Antara 
kemalangan bas di Genting Highlands

Pihak berkuasa telah mengeluarkan senarai sebahagian nama mangsa yang terselamat dalam tragedi bas jatuh gaung di Genting Highlands petang tadi. Kesemua mangsa yang cedera ditempatkan di Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Selayang. Berikut ialah nama mangsa yang cedera.
Hospital Selayang
1. Raawnok Arefin, 14, (lelaki) dari Bangladesh.
2. Nur Syamimi Ja’afar, 25, (wanita), Malaysia.
3. Nur Fathiah Ja’afar, 21, (wanita) – Malaysia.
4. Rashidah Buyah, 50, (wanita) dari Bangladesh.
5. Andri Purwaidi, 25, (wanita) dari Indonesia.
6. Nurul Quraitul Aini, 19, (wanita) Malaysia
7. Rezyan Arefin, 24, (lelaki) dari Bangladesh
8. Nur Fridil Gusman, 23, (lelaki) dari Indonesia.
Hospital Kuala Lumpur
1. Wong Teraphong, 63, lelaki, Thai
2. Saidah, 19, wanita, Malaysia
3. Razif, 26, lelaki, Malaysia
4. S.E Ali Haider son of Shyed Haider, 46, lelaki, Bangladesh
5. Tan Min Shing, 26, lelaki, Malaysia
Sebuah bas persiaran yang membawa 49 penumpang terhumban ke dalam gaung di KM3 ketika menuruni Genting Highlands petang ini.
Anggota bomba dan penyelamat 
mengesahkan 37 orang mati manakala 16 lagi mengalami kecederaan apabila 
sebuah bas terhumban di Genting Highlands pada kira-kira jam 3 petang 
tadi.
Pegawai unit kawalan Balai Bomba dan
 Penyelamat Genting Highlands Mohd Shukri Mohd Noor 
memberitahu Malaysiakini,pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian 
itu kira-kira jam 2.22 petang.Katanya, anggota balai bomba tersebut 
berggegas ke tempat kejadian untuk menyelamat mangsa yang terlibat.
Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya belum mempunyai maklumat lanjut berhubung kemalangan tersebut.
Sementara itu, menurut Associated Press (AP), 30 penumpang berada di atas bas ketika kejadian itu berlaku petang ini.
AP juga memetik anggota Bomba dan 
Penyelamat sebagai berkata pekerja penyelamat cuba turun ke tempat bas 
tersebut yang menjunam 30 meter ke dalam gaung.
Gambar-gambar yang diedarkan secara meluas di Facebook menunjukkan bas kuning terletak di dalam gaung.
Malaysiakini
KUALA
 LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Seramai 37 terkorban manakala 16 cedera, 
dalam nahas bas ekspres yang membawa 53 orang, terjunam 60 meter ke 
dalam gaung di KM3.5 Jalan Genting Highlands Rabu.
Mangsa
 yang maut terdiri daripada 27 lelaki dan 10 wanita, kata Penolong Ketua
 Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Soiman 
Jahid.





























Terima kasih di atas kerja keras anggota2 penyelamat yang bersungguh2 siang dan malam menangani kejadian ini...dan seharusnya kerajaan perlu ketatkan syarat2 bas atau kenderaan awam yang boleh ke genting...SPAD patut check...banyak saya lihat bas2 lama dan lori tiada sebarang perubahan selepas keluar puspakom...betul ke check? atau ada udangsebalik batu...
ReplyDeletekerajaan akan ketatkan undng2 dan sebagainya..tetapi msalahnya...rakyat xpernah nk hargai...tgk la mcm2 hal skrng ni...POLIS TEMBAK JENAYAH,tapi POLIS DISALAHKAN...heran kan...huhuh
ReplyDelete