![]()  | 
| SUMBER | 
Bagi makluman semua,Pihak FB telah memadamkan artikel ini dari Page Dr.Mahathir Bin Mohamad.Ada ramai yang panas buntot dengan artikel ini.
Terjemahan artikel Tun Dr Mahathir ‘The Chinese Dilemma’ di NST (26th July 2013) kepada Bahasa Melayu.
Konsep ‘Kongsi’: Setiap pihak perlu berkorban sesuatu supaya pihak lain boleh mendapat sesuatu.
Tindak
  balas kepada kemunculan parti politik Melayu, Umno dan kejayaan 
menolak  ilham British Malayan Union, masyarakat Cina tahun 1940-an 
melihat  keperluan untuk menubuhkan parti politik mereka sendiri untuk 
membawa  pandangan mereka kepada kerajaan British.
Oleh
  itu MCA dilahirkan, dan diketuai oleh Sir Tan Cheng Lock. Walaupun ia 
 bertujuan untuk melawan pengaruh Umno dan melindungi kepentingan  
masyarakat Cina, zaman mengubah strategi dan peranan MCA.
Pada
  tahun 1952, pemimpin Umno Kuala Lumpur dan pemimpin MCA Kuala Lumpur  
memutuskan bahawa di pilihan raya perbandaran Kuala Lumpur, mereka tidak
  perlu bertanding menentang satu sama lain, tetapi sebaliknya harus  
menyokong calon masing-masing di kawasan masing-masing.
Keputusannya
  mengejut kerana mereka mengalahkan hampir semua parti bebas kaum.  
Menyedari kelebihan politik bekerjasama dengan satu sama lain, Tunku  
(Abdul Rahman) dan Sir Tan Cheng Lock, dan pemimpin-pemimpin kanan MCA  
dan Umno memutuskan untuk merasmikan kerjasama mereka dengan menubuhkan 
 Parti Perikatan, gabungan MCA dan Umno.
Asas
  pakatan ini adalah idea yang menyokong antara satu sama lain dan  
berkongsi kuasa. Didorong oleh kejayaan parti Perikatan dalam pilihan  
raya 1955, di mana MIC telah menyertai, Tunku kelihatan lebih terbuka  
dengan cadangan Sir Tan Cheng Lock bahawa kewarganegaraan hendaklah  
berdasarkan jus soli (kewarganegaraan melalui yang dilahirkan di negara 
 ini) dan tidak jus saguinis (kewarganegaraan berdasarkan 
kewarganegaraan  bapa atau ibu, iaitu kewarganegaraan berdasarkan 
hubungan darah).
Tunku
  tidak begitu setuju tetapi dia namun memutuskan untuk beri satu juta  
kerakyatan kepada orang Cina dan India yang tidak berkelayakan.
Dengan itu konfrontasi antara Cina dan Melayu berubah menjadi kerjasama yang positif.
Ia
  merupakan satu kongsi klasik yang telah ditubuhkan. Intipati adalah  
suatu aku janji untuk berkongsi. Perkongsian melibatkan perjanjuan  
memberi dan mengambil, di mana setiap bahagian terpaksa berkorban  
sesuatu supaya yang lain boleh mendapat sesuatu.
Sebab
  orang Melayu membentuk majoriti rakyat secara semula jadi Melayu  
memimpin Parti Perikatan. Tetapi orang Cina dan India juga mendapat  
kuasa yang mencukupi. Di mana kuasa politik Melayu dikurangkan untuk  
mendapat undi dan kuasa ekonomi Cina dan India.
Tunku
  melihat manfaat daripada “kongsi” kerana beliau percaya orang Melayu  
hanya mahu menjadi kakitangan kerajaan dan orang Cina cuma mahu  
berniaga. Tidak akan ada persaingan atau perebutan di antara mereka.
Orang
  India akan mengisi jawatan profesional. Tunku tidak menjangkakan  
apabila kerajaan tidak dapat mewujudkan peluang pekerjaan yang mencukupi
  untuk bilangan Melayu yang meningkat secara mendadak.
Perikatan ‘kongsi’ berjalan dengan baik. Tetapi pada tahun 1963 Singapura menyertai Malaysia.
Segera
  PAP cuba mendapatkan sokongan Cina dengan mengutuk Perikatan kongsi  
kerana ia merugikan orang Cina. PAP berkata rakyat Malaysia tidak sama. 
 Perlu ada Malaysian Malaysia di mana semua faedah perlu berdasarkan  
merit semata-mata, dengan yang terbaik mengambil segala-galanya, tanpa  
mengira kaum.
Dengan
  itu,PAP telah membuat kesimpulan bahawa orang Melayu tidak patut ada  
hak. Orang terbaik perlu memerintah negara ini. Di mata PAP, Singapura  
diperintah oleh orang terbaik dan yang paling layak. Secara kebetulan,  
kesemuanya adalah orang Cina.
Dalam
  pilihan raya 1964, MCA dan Cina Malaysia secara amnya hargai kerjasama
  mereka dengan orang Melayu. Mereka menolak PAP dan rayuan cauvinis,  
memberikan ia hanya satu kerusi.
Tunku
  sedar apa PAP sedang lakukan sehingga beliau memutuskan bahawa  
Singapura tidak seharusnya menjadi sebahagian daripada Malaysia. Tetapi 
 PAP itu tidak habis lagi. Sisa parti tersebut di Malaysia menubuhkan 
DAP  untuk menjalankan formula Malaysian Malaysia untuk melemahkan 
sokongan  kaum Cina untuk MCA.
Meneruskan
  serangan terhadap keistimewaan Melayu yang dipanggil tidak adil kepada
  orang Cina, DAP perlahan-lahan mengurangkan idea kongsi dalam gabungan
  berbilang kaum Barisan Nasional.
Walaupun
  ia adalah fakta bahawa Barisan Nasional menyokong pendidikan Cina dan 
 penggunaan bahasa Cina, DAP memberitahu kepada orang Cina bahawa budaya
  dan bahasa mereka tidak diberikan keutamaan sewajarnya oleh Barisan  
Nasional.
MCA telah diserang kerana tidak melakukan secukupnya untuk orang Cina.-sumber
SUMBER TERJEMAHAN : Jiwa Paradox



patutlah ada yg butthurt^^
ReplyDeletengeeeee