Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Monday 21 October 2013

"Jangan Terlalu Sombong" UMNO PAS harus Berkerjasama Atas Landasan Islam-Ustaz Fathul Bari


KUALA LUMPUR: Penasihat Eksekutif Jawatankuasa Himpunan Ulama Muda (Ilmu) Fathul Bari Mat Jahya selagi lagi menasihatkan Umno dan PAS agar 'bekerjasama' di atas prinsip keperluan orang Melayu dan agama Islam.

Beliau yang baru dipilih mengisi jawatan Exco Pemuda Umno minggu lalu menegaskan kedua-dua parti yang ditunjangi orang Melayu itu wajar menjalinkan kerjasama demi memartabatkan kedudukan bangsa itu serta agama.


Menurut Fathul Bari, pemimpin Umno dan PAS perlu mencari titik pertemuan agar kedua-dua parti tersebut dapat bertemu dan membincangkan tentang perkara berkaitan.

"Saya tak suka sebut tentang kenyataan Umno dan PAS sebab kita pada hari ini memperjuangkan keperluan atas Islam.

"PAS itu terdiri daripada orang Melayu dan beragama Islam...Umno sendiri juga terdiri daripada orang Melayu dan beragama Islam.

"Jadi kita perlu cari titik temu sesama kita, mungkin kita boleh gunakan persaingan...persaingan yang positif (antara Umno dan PAS)," katanya kepada Antarapos.

Daripada 77 calon yang bertanding untuk jawatan Exco Pemuda, Fathul Bari mendapat undi tertinggi daripada perwakilan.

Fathul Bari yang mewakili golongan muda berpendidikan Islam dilihat semakin menyerlah dalam Umno sejak dua tahun yang lalu malah kehadirannya dalam setiap kali Perhimpunan Agung Umno pasti memberi impak berbeza.

Selain konsisten memperjuangkan dan memartabatkan Islam di dalam Umno, tokoh muda yang selesa berimej Islamik ini sentiasa memberikan pandangan yang bernas serta mempunyai hubungan baik dengan pemimpin parti politik lain.



PAS perlu terbuka, jangan dokong politik kepartian

Fathul Bari yang sentiasa menjadi pilihan sebagai pembahas terbaik menambah PAS perlu bersikap lebih terbuka dan bersedia menerima pelawaan daripada Umno pada masa depan.

"Maka saya kira PAS perlu membuka ruang dan minda, jangan berada dalam ruang lingkup kepartian semata-mata dan Umno juga begitu.

"Kita nak melahirkan dan mewujudkan satu transformasi yang besar di mana kita sebagai pemimpin bersedia untuk mengkritik dan dikritik," katanya.

Tambah beliau, pemimpin yang berfikiran sempit tidak akan memberikan sebarang kebaikan serta faedah kepada rakyat negara ini terutamanya orang Melayu.

"Kita perlu membuka minda dan lapangan yang luas bukan disempitkan lagi.

"Kita perlu bersikap kreatif dan kritis yang diperlukan dalam konteks hari ini," katanya.

Sebelum ini Fathul Bari antara pemimpin yang konsisten menggesa agar perpaduan antara Umno dan PAS diwujudkan untuk kepentingan Islam dan orang Melayu.

"Umno telah lama hulur tangan untuk perdamaian dan perpaduan ke arah kebaikan, sewajarnya Pas menimbang dan menerima tawaran tersebut," katanya pada Mei tahun ini.

Beliau berkata perpaduan itu bukan untuk mana-mana pihak membubarkan parti tetapi mewujudkan kerjasama ke arah kebaikan untuk kekuatan kepada Islam dan orang Melayu.-antarpos

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC