Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Friday 25 October 2013

Terkini :3 Suspek Ditahan Bantu Mengesan Penjenayah Rompakan AMBank



DIPERCAYAI KIRA-KIRA RM430,000 WANG HASIL ROMPAKAN MASIH DI TANGAN PEMBUNUH

Terkini, Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, 3 ahli keluarga pembunuh pegawai Ambank, Norazita Abu Talib, diberkas pada lewat hari Rabu lalu. Turut dirampas, wang tunai RM20,000 dipercayai sebahagian daripada hasil rompakan.

Betapa pantas dan cekap polis melaksanakan tugas mereka. Itu fakta tidak mampu disangkal.

Berapakah jumlah wang dirompak oleh suspek? Menurut maklumat disalurkan oleh pihak bank, kira-kira RM450,000.

Dalam erti kata lain, setelah merompak dan menembak mati mangsa, pembunuh itu dipercayai sempat menyerahkan RM20,000 kepada keluarganya menetap di Klang, Selangor. Saya percaya, setelah mereka disoal siasat, butiran diri lengkap pembunuh terbabit akan didedahkan kepada semua. Sejak 2 hari lalu, pastinya semua jalan keluar masuk ke negara kita samada pintu sah atau tidak, sedang dipantau secara rapi oleh pihak berkuasa.


Klik di sini untuk membaca laporan Harian Metro Online.

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC