Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Sunday, 28 September 2014

Buta Perut,Hilang Akal Kerana Jawatan!!

CLICK PHOTO


Suhu politik Malaysia baru baru ini agak panas dengan kritikan Tun Mahathir terhadap Najib dan penjelasan dan penyelesaian sebaiknya telah dilakukan oleh PMO untuk meredakan ketegangam ini.

Namun malang sekali ada satu makhluk ni bernama Kadir Jasin cuba jadi batu api dan tambah cili untuk memperburukkan keadaan lagi.

Kadir Jasin harus bermuhasabah diri dan menarik nafas panjang memikirkan senario politik hari ini dan dengan ledakan pengaruh media sosial yang makin kuat beliau tak seharusnya menari ikut rentak pembangkang.

Di zaman Paklah, apa dia tak kata kepada Pak Lah termasuklah menantu beliau si KJ sehinggalah terbawa kepada perletakan jawatan Pak Lah pada ketika itu. Aku sendiri akui Pak Lah banyak kelemahan walaupun aku sendiri orang Penang.

Di zaman Najib yang aku lihat memang benar beliau bapa transformasi yang cuba mentadbir Malaysia dengan ramuan tersendiri dari pelbagai segi, si wartawan pencen ni boleh pula memfitnah kununnya Najib jauh lagi teruk dari Paklah? Aikk!! Ini sudah lebih dan buta perut!!

Jangan sesekali samakan pentadbiran hari ini dengan zaman memerintah apatah lagi zaman Tun Mahathir dahulu. Berbeda.. cukup berbeda dari pelbagai sudut dan gaya.

Biasalah bila namanya manusia sapa saja yang jadi Pemimpin apatah lagi PM ada saja insan berhati negatif berprasangka buruk selalu takkan puas hati punya dan berusaha mencari kesalahan dan kelemahan.

Apa salah najib selama ini sehinggakan beria-ia nak jatuhkan dia? Pimpinan najib aku dilihat sudah mencuba melakukan yang terbaik dari pelbagai segi demi memuaskan hati rakyat yang berbilang kaum dan budaya.

Najib dah buat yang terbaik untuk kita semua kenapa masih nak cari kesalahan dia? Apa tak cukup kah pembangunan rohani dan jasmani yang berlaku sekarang ini, pencapaian ekonomi yang memberangsangkan dan diiktiraf antarabangsa serta dengan pelbagai kemudahan disediakan apa lagi yang Kadiaq Jasin nak dari Najib?

Adakah ini juga satu usaha dari awal untuk menjatuhkan Najib dalam pemilihan Umno akan datang dan ada perancangan sulit untuk menaikkan individu tertentu?-sumber

3 comments:

  1. Balun.... Jangan Tak Balun

    ReplyDelete
  2. Ada banyak lagi kerja yang patut dibuat daripada menyerang peribadi orang.

    “Biasalah bila namanya manusia sapa saja yang jadi Pemimpin apatah lagi PM ada saja insan berhati negatif berprasangka buruk selalu takkan puas hati punya dan berusaha mencari kesalahan dan kelemahan”.

    Kalau dah tau macam tuh, apa pulak nak diperlekehkan. Aku rasa kalau nak serang pun, seranglah isi kandungan tulisanya. Aku lihat blog pembangkang lagi teruk kritikan dan tomahan mereka, tak pulak kamu kesah. Ramai juga blog pro kerajaan yang menghentam kepimpinan, tak pulak kamu ambil peduli.

    Kenapa?????

    Aku tak pun tahu begitu hebatnya Datuk Kadir sehingga penulisanya dapat memaksa Pak Lah metelakkan jawatan. Justeru ada kah kamu sebenarnya berdengki hati hingga memaksa kamu mendapatkan sumber dari blog lain yang dan cuba memviralkanya??? Sekarang kamu sepatutnya bermuhasabah diri dengan arti kata sebenarnya kerana ramai lagi blogger lain yang sudah pun mempertikaikan kepimpinan sekarang. Ada lebih baiknya kamu serang blogger blogger yang lain juga yang tidak sealiran dengan pemikiran dan pendapat kamu. Itu baru adil namanya dan jangan hanya ada pilihan saja.

    ReplyDelete
  3. Anon 14:35 siapa yg menyerang dan siapa yang diserang??? klu tak kerana ada serangan tak kn la si kadir ni kena serang balik kan...so adil je rasanya... setiap orang dia nk mempertikaikn apa slahkn klu dia pulak dipertikaikan balik... tiada siapa yg perfect spptnya kadir ptt berjumpa dgn PM secara rhsia dn berbncng bkn mngkritik secra terang-terangan..itu je...

    ReplyDelete

DARAH SATRIA

Popular Posts

SILA KLIK PIC