Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Monday 30 June 2014

TELEKOMUNIKASI LINE MILIK MELAYU (ALTEL),TERPANTAS DI MALAYSIA !! JOM SUPPORT!!!


Telco line Altel milik Melayu, internet dan line diceruk kampung juga tiada masalah. Kalau korang terer baca sampai habis. Kalau terer lah.

**cerita diambil dari fan BBCD yang inbox**

(1)PENGENALAN
Semasa aku berjalan-jalan di Plaza Lowyat dalam melihat kemewahan perniagaan yang dimonopoli oleh kaum cina, aku terus tersentak dan tekad untuk tukar telco milik Melayu iaitu line Altel milik Syed Mokhtar Bukhary. Beliau telah banyak membantu orang Melayu Islam dimana hasil keuntungan perniagaannya telah disumbangkan kepada orang Islam sebanyak RM1,600,000,000 (billion). Sebelum aku ceritakan kisah kepayahan aku nak membeli sim card telco Altel ini, aku cerita kan dahulu ringkas mengenai Syed Mokhtar Bukhary.

HIDUP PAS,PKR,DAP!!! HIDUP PAKATAN RAKYAT!!!!



MPKj merobohkan bazaar Ramadhan di Kajang. Walaupun peniaga cuba mendapatkan sokongan daripada adun tempatan, tiada bantuan daripada mereka ataupun kerajaan negeri.

Tahniah pengundi - pengundi di Kajang yang telah memenangkan PKR Wan Azizah di Kajang baru - baru ini. Terdapat juga peningkatan pengundi Melayu kepada PKR dalam PRK baru - baru ini sehingga mencatat peratusan sebanyak 50%.

BIADAP: Gereja Katolik Selangor Cuba Mencabar Keputusan MAHKAMAH!!!



Apa Motif Pihak Kristian Cuba Manipulasi ’10 Point Solution’?

Kes nama ‘Allah’ di dalam The Herald telah pun selesai dengan keputusan yang memihak kepada Islam. Walaubagaimanapun, pihak Kristian masih lagi cuba memainkan isu ‘Allah’ dengan bertegas untuk terus menggunakannya di dalam aktiviti keagamaan mereka.

Hujah mereka bahawa nama ‘Allah’ hanya dilarang digunakan oleh The Herald dan bukan dalam aktiviti atau percetakan lain.
Kasihan pula kita melihat pihak gereja yang tidak mampu memahami perkara semudah ini.

Saturday 28 June 2014

Peperangan sesama Islam bukan Jihad - Mufti Kelantan.




KUALA LUMPUR: Tindakan kumpulan pejuang bersenjata didakwa dari Malaysia yang terlibat dalam peperangan saudara di Syria tidak boleh dilabel sebagai jihad.

Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata mengikut Islam, jihad dalam konteks peperangan adalah antara orang Islam dan musuh Islam.

"Isunya kumpulan itu berperang dengan siapa? Adakah kita boleh menganggap pihak yang mereka lawan itu bukan Islam? Sudahkah lawan mereka mengisytiharkan mereka bukan Islam," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Menurutnya atas alasan itu, beliau kurang bersetuju jika kumpulan berkenaan melabel diri mereka sebagai pejuang jihad.

FATWA SYEIKH MUHAMMAD BIN HADI AL-MADKHALI, MUFTI MADINAH AL-MUNAWWARAH TERHADAP KUMPULAN MILITAN NEGARA ISLAM IRAQ & SYRIA (ISIS)


FATWA SYEIKH MUHAMMAD BIN HADI AL-MADKHALI,
MUFTI MADINAH AL-MUNAWWARAH TERHADAP
KUMPULAN MILITANT NEGARA ISLAM IRAQ & SYRIA (ISIS)


Syeikh Muhammad bin Hadi Al-Madkhali:

Oleh itu, ini adalah satu penipuan dan muslihat buat anak-anak dan belia kita. Mereka mengambil anak-anak muda dan menggunakan mereka untuk maju ke depan di pelbagai lokasi; pertempuran sengit! Hanya Allah mengetahui apa yang berlaku di sana!

"SAYA akan mengucap pada 5 Ramadan ini,-Felixia






 "SAYA akan mengucap pada 5 Ramadan ini, iaitu pada 3 Julai ini (Khamis)," kata model pakaian Muslimah, Felixia Yeap, ketika menjadi panel jemputan di Program Semarak Ramadan anjuran kerajaan Negeri Selangor di Dataran Shah Alam malam ini.

Felixia berkata, tarikh 5 Ramadan dipilih kerana ianya jatuh pada hari ulang tahun kelahirannya.

Friday 27 June 2014

SINDIRAN TUN MAHATHIR BUAT PAKATAN RAKYAT KEPANASAN LAGI!!!


Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamed menyifatkan demokrasi sukar dilaksanakan dengan jayanya selagi pihak yang kalah dalam pilihanraya tidak menerima kemenangan pihak lawan.

Menurutnya, kerajaan pilihan rakyat mestilah dihormati bukannya dijatuhkan.

"Negara Arab tidak pernah diperintah secara demokratik. Sistem mereka ialah raja atau pemimpin berkuasa penuh. Sebab itu sukar bagi mereka menerima hasil pilihanraya.

Perompak,Penjenayah,Penyamun ‘jatuh cinta’



Bandar Baharu: Seorang penjenayah yang tiba-tiba ‘jatuh cinta’ terhadap mangsanya yang juga seorang gadis berusia 24 tahun, bukan hanya menghalang rakannya daripada mencabul atau merogol gadis diminati itu, malah menawarkan diri untuk menjadi kekasih wanita itu, kelmarin.

Dalam kejadian jam 2.30 petang di Kampung Permatang Pasir di sini, suspek bersama tiga rakannya memecah masuk rumah mangsa sebelum mengepungnya di dalam bilik tidur, manakala tiga lagi ahli keluarga mangsa diikat tangan sebelum diletakkan di bilik lain.

Suarez kena gantung 9 perlawanan serta-merta!! TERBAIK!!




FIFA mengesahkan bahawa penyerang Uruguay Luis Suarez dikenakan pergantungan serta merta sebanyak sembilan perlawanan untuk Uruguay susulan kes gigitannya baru-baru ini. Pemain Liverpool tersebut juga tidak dibenarkan untuk melibatkan diri dalam sebarang aktiviti berkaitan dengan bola sepak selama empat bulan termasuk bersama dengan kelab.

Suarez menjaringkan dua gol dalam edisi Piala Dunia tahun ini, dan juga beraksi selama 90 minit dalam kemenangan 1-0 pasukannya ke atas Itali di mana dia bertindak menggigit pertahanan pihak lawan, Giorgio Chiellini.

Thursday 26 June 2014

ISU BUDAK OKU - SURAT TERBUKA BUAT 'USTAZAH' WARDINA - KAN DAH MALU!!




Kehadapan Ustazah Wardina.

Bila hati busuk, minda penuh kebencian memang nampak semua yang salah sahaja di Kerajaan.

Sebesar-besar Masjid yang Ustazah Wardina berhenti solat dibina Kerajaan, pun tak nak nampak kan? Jalan raya lapang, highway selesa mana nak nampak?

Wednesday 25 June 2014

KES BULI: Tiga "Gadis Pailang" Kini Di Dakwa!!!




Ketiga-tiga pelajar berkenaan yang berusia 16 tahun telah dituduh melakukan ugutan jenayah dan mendatangkan kecederaan kepada seorang pelajar perempuan

KOTA SAMARAHAN: Tiga pelajar perempuan yang dirakam terbabit dalam kes ‘video pailang’.. KLIK DISINI UNTUK VIDEO yang pernah heboh di media pada awal bulan lepas telah membuat pengakuan bersalah.

Cerita di sebalik gaya rambut Ronaldo


cerita-di-sebalik-gaya-rambut-ronaldo
Gaya potongan rambut 'zig-zag' Christiano Ronaldo dilaporkan melambangkan tanda penghormatan kepada seorang kanak-kanak di Sepanyol yang terpaksa menjalani pembedahan otak akibat menghidap kanser.

Dikhabarkan, pada Februari lalu bintang terkenal Portugal itu telah membiayai keseluruhan kos pembedahan kanak-kanak dikenali Erik Ortiz Cruz, berjumlah 83,000 pound sterling (RM454,844).

Terdahulu, dia juga pernah membiayai rawatan kanser yang dialami seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun pada 2012.

Monday 23 June 2014

Sambung Kisah Sedih Kanak-Kanak OKU Yang DiDera!


"Semua orang salahkan saya dan tuding jari ke arah saya menuduh saya tidak tahu menjaga anak dengan baik, tetapi mereka tidak tahu kesempitan hidup dan kesengsaraan yang saya alami.

“Saya sayangkan anak saya tetapi saya perlu bekerja dan menyara kehidupan dia, saya dan seorang lagi anak lelaki berusia tujuh tahun,”

Sunday 22 June 2014

PANAS: Melayu VS India!!! MUST WATCH (video)



Mohon ambil ikhtibar daripada VIDEO INI!!!

Pemilihan Cabang PKR,Gaduh Sampai Pecah Kepala? (video dan gambar)


MF difahamkan gambar diatas adalah mangsa pergaduhan semasa pemilihan CABANG PKR Kuala Langat yang berlangsung baru-baru ni. Kalau asalnya jalanan maka sudah caranya pun dijalanan..

Ini baru di peringkat CABANG,bergaduh sampai macam ni sekali!!! hendak mencari pemimpin biar lah yang betul-betul boleh menjalankan tugas dengan sempurna,bila nak cari pemimpin berCLASS jalanan ini la hasilnya.

KEJAM: Penderaan terhadap Kanak-Kanak OKU!! (video)


Hasil siasatan awal mendapati remaja lelaki berusia 15 tahun yang ditemui dikurung dengan keadaan fizikal kurus kering di Flat Semarak, Nilai, awal pagi tadi adalah akibat kekurangan zat makanan dan hanya mampu merangkak.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Karim, berkata ibu remaja lelaki OKU jenis 'celebral palsy' itu berasal dari Sabah dan sudah berpisah dengan suaminya.
"Merujuk laporan akhbar berkaitan pengabaian seorang remaja Orang Kelainan Upaya (OKU) yang hari ini, saya terkejut dan sedih dengan apa yang berlaku.

Saturday 21 June 2014

(KES TEMBAK) Terima Panggilan Agar Ke Tempat di Tembak

Sungai Petani : Seorang pemuda yang sedang menunggang motosikal maut selepas ditembak tiga das di bahagian dada oleh dua lelaki di Taman Songket, Batu 2 Jalan Kuala Ketil, di sini, malam ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, M Gurubaran, 23, dari Taman Keladi, di sini maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian dada.
Difahamkan, mangsa pergi ke taman perumahan berkenaan seorang diri selepas menerima panggilan daripada rakannya meminta mangsa datang ke situ.

Friday 20 June 2014

Tukang jahit dihukum gantung sampai mati




Kota Bharu: Seorang tukang jahit wanita dijatuhi hukuman gantung sampai mati di Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi selepas didapati bersalah terhadap tuduhan mengedar dadah jenis heroin 54.72 gram, tahun lalu.

Hakim Datuk Azman Abdullah menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati tertuduh Zaruna Yusof, 43, gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Thursday 19 June 2014

Isteri curang ditetak suami

gambar hiasan

Alor Setar: Seorang isteri parah di peha kiri manakala seorang remaja lelaki hampir putus tangan kiri akibat ditetak suami wanita terbabit selepas mereka ditemui dalam keadaan bogel di dalam rumah sewa dalam kejadian di Langgar, dekat sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi, lelaki berusia lewat 20-an itu dikatakan baru pulang berniaga di kedai makannya di Kepala Batas, di sini, terkejut apabila mendapati isterinya berusia awal 30-an dalam keadaan memalukan bersama pekerjanya yang berusia 19 tahun.

Wednesday 18 June 2014

Kilang Bihun Haram 'CAP MASJID' Terbakar Atau sengaja Dibakar???




Terbakar atau sengaja dibakar..?? Sedikit curious pasal nii... Setelah disita oleh JAKIM terus terbakar..?? Atau cara nak menebus kerugian dengan claim insurance...??

Patut ke menghina sampai macam ni sekali? @PDRMsia


Patut ke menghina anggota polis trafik yang sedang makan ditepi jalan sebab bertugas macam ni sekali? AKu nak tanya korang ni, manusia jenis apa yang suka menghina orang yang menjaga trafik supaya kita-kita ni dapat balik rumah dengan cepat dan bersama keluarga kita?

Monday 16 June 2014

Laporan polis ke atas Tan Sri Khalid Abu Bakar ?





Shah Alam – Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo membuat laporan polis ke atas Tan Sri Khalid Abu Bakar atas keengganan ketua polis negara itu untuk menurut perintah mahkamah sivil dalam kes perebutan jagaan anak melibatkan pasangan berlainan agama.

Gobind dalam laporannya menyebut, kenyataan IGP dan keengganan untuk mematuhi perintah mahkamah tersebut tentunya memberi “impak besar” kepada sistem perundangan.

Sunday 15 June 2014

Mengaku Sebagai "ISLAM",Tapi Hidangkan Pelanggan Sup Kaki Khinzir/Babi?





"INI KAKI BABI LEH", AWAS UMAT ISLAM MAKAN DI FOODCOURT DI KUCHING
Assalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuhu.
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Ya ALLAH ampunilah dosa saya seandai apa yang apa saya tulis ini tidak tepat dan seandai nya tepat ia nya keizinan yang maha-Esa.

Friday 13 June 2014

Mak Nyah Dibotakkan Selepas Ditahan Di Majlis Kahwin

Gambar hiasan


PETALING JAYA: Seramai 16 orang 'mak nyah' yang ditahan pada majlis perkahwinan telah dibotakkan kepala dan menghabiskan malam pertama mereka di Penjara Sungai Udang, Melaka pada Isnin.

Aktivis kumpulan transgender Justice For Sisters (JFS) Nisha Ayub,  berkata mereka telah diasingkan daripada penghuni-penghuni lain.Beliau berkata, walaupun dibotakkan kepala, mereka telah dilayan dengan baik.Beliau bagaimanapun berkata, timbul rasa bimbang di kalangan mereka kerana ia merupakan kali pertama mereka menghabiskan masa di penjara.

Siapa Pembohong? Zain Kilauan Emas (Ringgo) Atau Portal PAS Berbohong Besar?

zain kilauan emas

Sambil menonton Konsert Mega Final Kilauan Emas malam tadi, jari jemari penulis melayari internet sambil mencari maklumat-maklumat berkenaan program itu.

 Penulis akui, dunia hiburan dan penulis mempunya jarak yang sangat ketara. Album terakhir yang penulis beli pun adalah Rod Steward Compilation Album yang berbentuk kaset!

Thursday 12 June 2014

Anwar Tergagap Bila Ditemuramah BBC!!! (video)



Anwar ke England untuk memburukkan Malaysia, sebaliknya dalam temuramah BBC Anwar dibelasah bertubi-tubi oleh pengacanya. Antaranya adalah:

1. anwar tuduh kerajaan kejam, tetapi pengacara berkata dia yang melawan sistem sediaada. 'sebagai contoh beberapa kali bukti dikemukakan mahkahmah memang anwar meliwat'.

Cubaan RASUAH !! lu ambik gambar, lu masuk dekat fb!!


Dari FB Aripin Alif

Aku yang kena saman, aku yang kena ambik gambar.
Saman tetap saman, rasuah jangan ambik. hidup aku bayar saman aje lah.

LOKASI : KM40.6(U) L/RAYA U/S
MASA : 1240

Lanjutan Kisah "OSTAJAH JADIAN" Mendera Bekas Suami Muda!!?


Siang tadi, admin yakin kebanyakan media maya yang menerbitkan cerita berhubung krisis rumahtangga Abby Abadi dan Farhan pasti akan menerima kunjungan luarbiasa daripada pembaca.

Belum sempat isu itu sejuk, akhirnya Abby tampil memberikan penjelasan berhuhung dakwaan yang dilakukan oleh Farhan itu.

Wednesday 11 June 2014

Ostajah Jadian Mengganas Cederakan Suami Muda!!



Farhan Akui Dicederakan Abby Abadi Sebelum Cera


KUALA LUMPUR, 11 JUN 2014: Hakim Mahkamah Syariah Rendah Gombak Timur Shaiful Azli Jamaluddin memutuskan kes penceraian Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah adalah sah menerusi SMS yang dihantar oleh Muhammad Nor Farhan Che Bakar pada 9 Mei lalu.

Jual Pasir Ke Singapura Ibarat Jual Negara Sendiri – TunM



Kuala Lumpur – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad menyifatkan aktiviti penjualan pasir ke negara jiran sama seperti menjual wilayah sendiri ke negara asing.

Dr Mahathir yang berkhidmat paling lama sebagai perdana menteri berkata, negara sudah merdeka daripada jajahan British lebih setengah abad lalu tetapi tabiat menjual tanah kepada negara asing masih kekal walaupun undang-undang melarang kegiatan itu dilakukan.

Guna Gambar "Masjid" Untuk Tarik Pembeli Islam!!



KUALA LUMPUR 10 Jun - Sebanyak tujuh keping gambar jijik melibatkan sebuah kilang pengeluaran produk makanan membuat makanan mula tersebar dan menjadi viral di laman media sosial Facebook.

Gambar-gambar terbabit turut disertakan dengan pelbagai caption di laman sosial itu termasuk mempersoalkan pemantauan dan penguatkuasaan pihak yang berwajib.

Tuesday 10 June 2014

INFO: JANGAN ISI MINYAK PENUH TANGKI,KENAPA???



Di dalam tangki minyak kereta telah direka untuk supaya ada ruangan minyak dan udara, jadi mengapa perlu kita isi minyak sampai penuh tangki. Ramai yang tidak sedar atau tidak tahu langsung, bahawa pam di stesen minyak ada sistem return pipe-line, di mana ia mengalirkan balik minyak kedalam tangki simpanan stesen minyak.

Apabila tangki minyak kereta sudah penuh, mekanisme pam akan selak injap masuk pam dan injap sistem return pipi-line dibuka, untuk membolehkan petrol berlebihan mengalir masuk balik ke tangki simpanan stesen minyak.

DASAR BARU PROTON 2014 YANG DI PERKENALKAN TUN M!!



SILA BACA DAN SEBARKAN ARTIKEL INI

1. PROTON yang baru saja melantik Tun Mahathir sebagai pengerusi akan menukar dasar utama mereka dari menghasilkan kereta berkos rendah kepada penghasilan kereta dengan standard antarabangsa.

2. Tun Mahathir menyedari bahawa kelemahan PROTON yang selama ini menjadi punching bag kepada rakyat Malaysia adalah kerana kualiti keretanya yang kurang memuaskan. Jadi, untuk mengatasi masalah ini, Tun memperkenalkan dasar baru seperti yang dijelaskan di atas. Memang betul langkah yang diambil oleh Tun dan PROTON ini kerana dalam industri automotif, kualiti dan kos memainkan peranan penting dalam menguasai pasaran.

Monday 9 June 2014

Siapa Racist??




Kegagalan dlm ekonomi Melayu kerana Melayu tak bersatu segala hal…masing2 kumpulan nk tunjuk hebat…

DUA ORANG PENYAMUN TABUNG MASJID,DIRAKAM CCTV!!


Makin teruk budak-budak melayu zaman sekarang ni sampaikan tabung masjid pun dorang bawak lari.. Dah tak ada kederat ke nak usaha cari duit sendiri sampaikan tabung masjid pun jadi mangsa?

(Video) Lulus Lesen Arak Di Kelantan, Azhar Idrus Sifatkan Kerajaan Pas Juga Kerajaan Syaitan??!!





Video: Lulus Lesen Arak Di Kelantan, Azhar Idrus Sifatkan Kerajaan Pas Juga Kerajaan Syaitan??!!

Dengan penjelasan yang dibuat oleh Ustaz Azhar di dalam video ini ternyata ianya tepat terkena keatas pemerintahan ulamak syaitan yang sering mengkafirkan dan menyalahkan orang lain.

Dijangkakan terdapat lebih 80 kedai menjual arak disekitar bandar Kota Bharu diberikan lesen yang sah oleh kerajaan Pas Kelantan, manakala yang menjualnya secara haram tanpa lesen dianggarkan melebihi 30 buah kedai.

TUN M Menjawab Fenomena "GAY" Di Malaysia !! Memang Terbaik!! (video)



Tun Dr Mahathir bercakap mengenai "GAY" yang mula menjadi fenomena dalam komuniti rakyat Malaysia hari ini.

Tun Dr Mahathir cakap dengan cukup mudah. Kembali kepada Islam kata beliau

RINGKAS DAN PADAT!!! memang TERBAIK..

RAKYAT MESIR MENYESAL RAKYAT MALAYSIA KENA AMBIL IKHTIBAR




Pergolakan di Mesir beberapa tahun yang lalu berpunca dari golongan pelampau-pelampau dan kini rakyat Mesir yang dulunya beria-ia mahu menggulingkan kerajaan menyesal dan ingin kembali kepada keadaan asal setelah menggulingkan kerajaan.

Mesir telah turut diambil alih pemerintahannya oleh Ikhwanul Muslimin yang dulu dibangga-banggakan tetapi berjuta-juta rakyat akhirnya menentangnya semula. Bertahun-tahun Mesir dalam keadaan huru-hara dan kini rakyatnya menyesal dan ingin kembali kepada keadaan sedia kala.

Sunday 8 June 2014

Info Menarik: Mengapa Rasulullah Melarang Mencabut Uban?

Subhanallah, Rasulullah Melarang Mencabut Uban Ternyata Terungkap Kebenarannya dalam Dunia Medis

larangan mencabut uban


“Janganlah mencabut uban (rambut putih) karena uban adalah cahaya pada hari kiamat nanti. Siapa saja yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, maka dengan uban itu akan dicatat baginya satu kebaikan, dengan uban itu akan dihapuskan satu kesalahan, juga dengannya akan ditinggikan satu derajat.” (HR. Ibnu Hibban dalam Shahihnya. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanad hadits ini hasan)

Salah satu yang umum dilakukan orang untuk mengatasi rambut putih yaitu dengan cara mencabut satu per satu.
Sebaiknya hentikan aktivitas mencabut uban karena di bawah kulit kepala tempat tumbuhnya akar rambut terdapat banyak saraf. Sehingga mencabut uban bisa mengganggu fungsi sejumlah saraf.

Kazim Bidas fatwa Al-Qaradawi





SHAH ALAM – [Video] Fatwa yang dikeluarkan oleh ulama terkenal dunia, Dr Yusuf Al-Qaradawi yang mengatakan gelatin haiwan termasuk babi adalah halal untuk digunakan, termasuk di dalam produk makanan setelah ia ditransformasikan menjadi bahan yang lain mendapat sanggahan daripada pendakwah terkenal, Mohd Kazim Elias.

Mohd Kazim berkata, hukum melibatkan makanan haram dan halal merupakan isu yang besar dan tidak patut diperkecilkan oleh mana-mana pihak.

BUY MALAY PRODUCT FIRST!! KENALI PRODUK MELAYU DAN DI JAMIN HALAL!!

KENALI PRODUK MELAYU DAN SEBARKAN.( ADA BANYAK LAGI NANTI DIKELUARKAN )

Saturday 7 June 2014

3 Menteri Bakal di Singkir Sudah Terjawab?




Sekurang-kurangnya tiga menteri dilaporkan akan meninggalkan Kabinet berikutan rombakan yang akan dilakukan tidak lama lagi.

Tiga menteri tersebut ialah Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Menteri Perdagangan Koperasi Negeri dan Kepenggunaan, Datuk Hassan Malek dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharum.

Friday 6 June 2014

Jangan Ambil Mudah,PRK Teluk Intan Tak Semestinya Rakyat Mula Sokong BN-TUN M


Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) di Teluk Intan tidak semestinya bermakna orang ramai sudah mula menyokong balik BN di kawasan itu.

Bekas Perdana Menteri berkata, beliau tidak pasti sama ada kemenangan itu bermakna BN bertambah kuat sehingga mengakibatkan DAP kehilangan keseluruhan 7,000 pengundi yang terdiri dari undi majoriti pada pilihan raya lalu.

"Kemungkinan pada kali ini, DAP kehilangan keseluruhan 7,000 pengundi yang terdiri dari majoriti pada pilihan raya yang lalu.

Tindakan Najib Saman Malaysiakini Apa Kata TUN M-(video)

alt

KUALA LUMPUR 4 Jun - Tun Dr. Mahathir Mohamad menganggap tindakan Perdana Menteri memfailkan saman ke atas portal berita Malaysiakini adalah hak peribadi.

Jelas beliau, ini kerana negara mempunyai undang-undang jika seseorang itu menyakiti hati orang lain.

“Itu beliau punya hak. Awak cakap sesuatu benda yang menyakitkan hati orang, undang-undang sentiasa ada,” kata bekas Perdana Menteri itu dalam sidang akhbar selepas menyampaikan Siri Syarahan Perdana Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Gombak di sini hari ini.

Thursday 5 June 2014

BANGSA MELAYU ISLAM WAJIB DENGAR!! AMANAT Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak .


Cetusan hati yg ikhlas Dan AMANAT Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan Raja Nazrin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, terhadap bangsa Melayu masa kini.

Ampun patik Tuanku menyiarkan ucapan Tuanku dgn berkongsi sahabat2 fb demi menyampaikan amanat Tuanku.

Tanpa butiran, kita hanya waspadalah bila lihat gambar di Facebook


Budak Sekolah Gaduh lagi,Sampai terbogel!!!?(VIDEO)

CLICK PHOTO


Gaduh sampai terbogel maruah diri, apa tindakan kita sebagai ibubapa ambil?nak disalah ibubapa? patut ke? nak disalahkan pihak sekolah?lagi tak patut..mana tidaknya jika pelajar melakukan kesalahan dan didenda,ibubapa pula yang akan ambil tindakan terhadap guru tersebut,silap haribulan ada guru yang pecah muka.

Sukar untuk kita rungkaikn permasaalah sosial anak-anak muda kini,akibatnya lihat sendiri video dibawah..

(Video) Pergaduhan Di Pasar Ikan Keningau Tersebar!!





KOTA KINABALU – Video pergaduhan yang didakwa melibatkan penduduk tempatan dan warga asing di pekan Keningau tersebar dan heboh diperkatakan.

Video berdurasi 23 saat itu yang dipercayai dirakamkan dekat pasar ikan pekan itu pada Ahad, menunjukkan sekumpulan lelaki dikejar oleh seorang lelaki bersenjatakan skimmer ikan.

Video tersebut turut memaparkan seorang lagi lelaki yang mukanya tertiarap ke tanah dan disepak oleh seorang lagi individu di bahagian muka.

Wednesday 4 June 2014

GST APA BENDA TU?? BENARKAH SANGAT MEMBEBANKAN? #GST



Baca la Kalau Yang tak Faham berkenaan GST,rajin-rajin la sikit tak rugi pon.....

Sejak kerajaan mengumumkan akan melaksanakan cukai baharu untuk menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan atau SST dengan GST atau cukai barangan dan perkhidmatan, ramai yang telah mula memperkatakan tentang perkara tersebut.

Dan yang paling hebat mengatakan tentang GST ini sudah pastilah puak pembangkang yang cuba untuk menjadi juara rakyat tetapi seringkali membuat perkiraan yang merugikan negara.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui apa iti GST dan kini kerajaan terutamanya Kementerian Kewangan sedang giat memberikan penerangan tentang apa itu GST kepada seluruh rakyat Malaysia.

Penjelasan Wanita Muslim Kahwin HINDU Selepas Dibebaskan JAIS (VIDEO)


alt

PETALING JAYA 3 Jun - Tindakan seorang wanita Islam yang melangsungkan perkahwinan bersama lelaki Hindu di sebuah kuil di sini Ahad lalu berpunca daripada sikap bapa yang melepaskan tanggungjawab mendidik keluarga mengikut cara hidup Islam.

Tinjauan wartawan Rakyat News ke lokasi kuil di Jalan SS 1/25 mendapati rata-rata responden memberitahu bahawa pengantin wanita Zarena Abdul Majid, 32, atau dikenali dengan nama 'Amoi' merupakan pengikut ajaran agama Hindu dari usia kanak-kanak sejak 'kehilangan' bapanya.

#PANAS: Benarkah Calon DAP Teluk Intan Pernah Bersekedudukan???

hiasan

Semakin hari semakin panas cerita pasal CALON DAP sorang ni,kalau ianya tidak benar ianya adalah agak keterlaluan,tetapi kalau lah ianya BENAR....Sebelum itu cuba kita selingkap sedikit kisah disebaliknya.

Di khabar terbaru diterima Yammy Samat telah dihantar surat tunjuk sebab oleh pengurusan UMNO kerana menyokong pembangkang dalam kempen. Kalau Yammy ada maruah dan bukan baruah, letak jawatan dan berkawanlah dengan cadbury DAP.

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC