SHAH ALAM: Semalam, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu majlis
perkahwinan sepasang pengantin di kuil Jalan SS 1/25 Shah Alam jam 10.30
pagi selepas menerima aduan pengadu yang mendakwa pengantin perempuan
tersebut beragama Islam mahu melangsungkan perkahwinan yang tidak sah
dengan lelaki bukan Islam.
Namun, pengantin perempuan, Zarena Abdul Majid, 32, menjelaskan nama dia
memang didaftarkan sebagai Islam namun dia adalah penganut agama Hindu
sejak dari kecil lagi.
“Walaupun nama saya didaftarkan sebagai Islam namun saya adalah penganut agama Hindu sejak kecil,” kata Zarena Abdul Majid.
Majlis pada jam 10.30 pagi itu terpaksa dibatalkan selepas Zarena diitahan oleh pegawai penguat kuasa JAIS untuk siasatan.
Bagaimanapun, suasana majlis terkawal bilamana kedua-dua pihak keluarga
pasangan pengantin & tetamu memberikan kerjasama yang baik ketika
siasatan dilakukan oleh pegawai JAIS yang turut dibantu oleh anggota
polis.
Menurut Zarena, dia tidak pernah mendapat atau menerima paksaan dari
mana-mana pihak tertentu yang mahu dia berkahwin mengikut adat kaum
Hindu kerana dia dan adiknya telah menganut agama Hindu hasil didikan
ibunya yang beragama Hindu sejak kecil lagi.
Masalah mula timbul apabila bapanya yang asalnya beragama Hindu memeluk agama Islam tanpa memaklumkan kepada ibunya.
“Bapa memeluk Islam sebelum saya dilahirkan. Ibu pula buta huruf, dia
tidak tahu bapa saya mendaftarkan kami empat beradik sebagai beragama
Islam.
“Saya dan adik beradik hanya mengetahui hal ini selepas saudara terdekat
melihat sijil kelahiran kami tercatat beragama Islam,” katanya.
Namun, selepas adik bongsu Zarena dilahirkan 24 tahun yang lalu, bapa
mereka terus meninggalkan keluarga mereka tanpa sebarang khabar berita.
Zarena juga mengakui mereka tidak tahu membaca al-Quran dan tidak pernah
diajar tentang Islam. Akhirnya mereka dibesarkan dalam agama Hindu
No comments:
Post a Comment