Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Monday, 23 June 2014

Sambung Kisah Sedih Kanak-Kanak OKU Yang DiDera!


"Semua orang salahkan saya dan tuding jari ke arah saya menuduh saya tidak tahu menjaga anak dengan baik, tetapi mereka tidak tahu kesempitan hidup dan kesengsaraan yang saya alami.

“Saya sayangkan anak saya tetapi saya perlu bekerja dan menyara kehidupan dia, saya dan seorang lagi anak lelaki berusia tujuh tahun,”

“Apabila orang lihat keadaan dia, semua orang salahkan saya, tetapi adakah mereka mahu menjaganya sepanjang ketiadaan saya di rumah. Tiada siapa yang sanggup menjaganya kerana dia cacat,”

“Saya tidak pernah mendaftar anak saya dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana tidak tahu caranya dan terpaksa meninggalkannya sendirian kerana bekerja mencari wang,”

“Bukan saya tidak sayangkan dia, sebab saya sayangkan dia saya membuat keputusan itu. Saya fikir apa akan jadi pada Muhammad Firdaus jika saya mati nanti. Ajal maut di tangan Allah SWT, saya tidak tahu jadi saya perlu bersedia,”

Ibunya yang juga berasal dari sabah sudah bercerai dengan suaminya dan terputus hubungan hingga memaksa ibunya untuk membuat keputusan yang menyedihkan ini.

Ibu remaja itu yang kini isteri kedua dan mahu dikenali sebagai Lola, 40, berkata, dia bukan meninggalkan anak sulungnya yang menghidap penyakit celebral palsy itu tanpa jagaan dan tidak diberi makan, sebaliknya dia mendakwa meninggalkan makanan dalam bekas polisterin sebelum ke tempat kerjanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Katanya, waktu kerjanya yang tidak menentu menyebabkan dia tiada masa menguruskan Muhammad Firdaus dengan baik dan mahu anak lelakinya

PERSOALAN YANG BERMAIN DIMINDA:

1) kenapa bilik macam sampah sarap, tak kemaskan ke?

2) kenapa tak pakai baju yang elok sikit, kenapa baju koyak rabak?

Biodata Remaja OKU:

Nama: Muhammad Firdaus Dullah

Umur: 15 Tahun

Status: Orang Kurang Upaya - OKU "Celebral Palsy"

Asal: Sabah





CERITA PENUH KLIK--> DISINI

6 comments:

  1. pembohonglah pmpuan die ni.. kalau anak tu bersih, kemas... berbaju bersih, tempat yang selesa.. kite tak kan tuduh die mcm tu..... laknat betul pmpuan ni.

    ReplyDelete
  2. ini contoh terang lagi nyata perempuan penipu.. baik pegi mampus! ramai lagi orang susah tapi anak tetap disayang dan dijaga baik walaupun anak tak sempurna.

    memalukan kami sbg orang sabah! nasib baik bukan suku kaum kami..

    ReplyDelete
  3. prempuan ni bagi alasan xmunasabah bah..ramai orng idup susah sampi ada anak oku 3-4 org boleh je jaga...terurus je..dia kata dia sayang anak dia..tp dia wat anak dia mcm anak kucing..KEJAM!!

    ReplyDelete
  4. memang kejam dan tak berhati perut abaikan anak OKU sampai macam tu. alasan pun tak munasabah. tapi mana peginya bekas suami dia..!! takan tak penah lawat anak dia sendiri walaupun dah bercerai..!!! ini lagi kejam..yang jadi mangsa anak OKU..(Bila lagi nak dapatkan comment dari pada bapak dia nie..) JKM. SEKARANG BARU NAK AMBIL TINDAKAN.baru nak jaga kebajikan budak 2..baitulmal apa tindakan anda lepas nie.dah keluar berita,facebook baru nak hulu bantuan. MASYARAKAT SETEMPAT..SYUKUR Alhamdulilah ada yang perihatin terhadap kanak-kanak OKU nie kalau tak tak pasti ajal & maut kanak-kanak OKU nie...KAWASAN ANDA PULAK BAGAIMANA....!!! kalau bukan anda siapa lagi yang akan menjaga kabajikan mereka walaupun anda semua tidak mampu dari segi kewangan TETAPI LAPORKAN KEPADA PIHAK YANG BERKENAAN..!!! JKM,BAITULMAL.
    AMANAH TELAH DIBERIKAN KEPADA MEREKA UNTUK MENJAGA KEBAJIKAN OKU,ORANG2 MISKIN & MEREKA YANG DALAM KESUSAHAN.
    kalau dah laporkan pun masih tiada tindakan post kan je kat facebook..pastu LIKE..!!! hasil nya tengok reaksi pihak berkenaan.....hahaha more to talk or action

    ReplyDelete
  5. bapak dia tu dah terang2an jantan tak guna sesen pun! hakikatnya anak tu dlm tangan mak dia, jadi mau tak mau mak dialah kena ambil tanggungjawab, malangnya punyalah kurang ajar mak dia pulak, nauzubillah. Beri alasan macam dia tengok org lain semuanya bangang macam diri dia sendiri.

    Konon nk ajar anak berdikari? konon tak abaikan anak, sayang anak, tapi hakikatnya? anak bukan saja berbaju reput bukti dah berzaman tak pernah dimandikan malah dikatakan ada najis ditepi mulut anak tu, anak oku akan capai apa saja untuk dimakan bila dah lapar, sedangkan diri mak tu sendiri hamboi hamboiiii....ada masak nak berselfie ngan tudung bertingkek2 dan bling2 lagi, ada masa nak bermekap, ada masa nak berfb...bertenet pandai tapi contact JKM bodoh? mmg sahih betina itu bodoh.

    mmg ada benarnya baik JKM (dah nak sama ngan JAKIM), baitulmal dan apa2 jabatan yg sewaktu dgnnya ada kelecehannya sendiri, pusat zakat pun apa kurangnya...

    tapi dlm kes ni, rundinglah seribu tahun pun, org pertama yg wajib dilanyak ialah EMAK budak OKU tu sendiri. Bapaknya dah tentu tak tahu menahu, brgkali cuma tahu buat anak jer, ya EMAK budak tu yg bersalah. Kalau emaknya pun ditemui dlm keadaan monyok macam tikus mondok, baju koyak rabak, badan melidi kurus kering, tak reti nak pegang stereng apalagi berselfie, baru lah layak cerita kat org yg hidupnya sengsara!!!!

    rasa nak jotos2 dan sekel2 jer kepala betina tuh! buat anak jer pandai!!!!

    ReplyDelete
  6. mungkin dia dah meluat dan menyampah nak layan kerenah anak kot,maklumlah oku kan,lalu biar sajalah....tak berperikemanusiaan hanya Allah yang tahu niat dia memperlakukan begitu....kita sebagai manusia janganlah menghukum orang lain hanya Allah saja yang mengatahui segalanya,marilah kiat berdoa agar dia diberi petunjuk dan anak terpelihara amin...

    ReplyDelete

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC