Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Friday, 6 June 2014

Jangan Ambil Mudah,PRK Teluk Intan Tak Semestinya Rakyat Mula Sokong BN-TUN M


Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) di Teluk Intan tidak semestinya bermakna orang ramai sudah mula menyokong balik BN di kawasan itu.

Bekas Perdana Menteri berkata, beliau tidak pasti sama ada kemenangan itu bermakna BN bertambah kuat sehingga mengakibatkan DAP kehilangan keseluruhan 7,000 pengundi yang terdiri dari undi majoriti pada pilihan raya lalu.

"Kemungkinan pada kali ini, DAP kehilangan keseluruhan 7,000 pengundi yang terdiri dari majoriti pada pilihan raya yang lalu.

"Kekalahan (DAP) kali ini berkemungkinan disebabkan ramai pengundi tidak menyokong DAP atau tidak keluar mengundi," katanya dalam satu sidang media sebelum ini.

Dalam pilihan raya kecil berkenaan, calon Barisan Nasional, Datuk Mah Siew Keong mengalahkan Dyana Sofya dengan majoriti 238 undi. Mah memperoleh 20,157 undi berbanding Dyana Sofya 19,919 undi.

Jumlah undi yang diperolehi oleh Mah tidak jauh bezanya dengan 20,089 undi yang beliau perolehi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Maknanya tidak kurang daripada 20,000 pengundi Teluk Intan terus setia bersama BN. DAP pula memperolah 27,399 undi pada PRU-13.

Ditanya mengenai tindakan Umno menghantar surat tunjuk sebab kepada ibu Dyana Sofya, Dr. Mahathir berkata, Umno berhak mengambil tindakan disiplin ke atas mana-mana ahli yang didapati melakukan kesalahan termasuk menghantar surat seperti itu.


“Ini adalah tindakan disiplin yang biasa.

“Sekiranya kamu membuat sesuatu yang salah kepada parti, maka parti mempunyai hak untuk bertanya mengapa kamu berbuat demikian,” katanya merujuk kepada surat yang dihantar Umno kepada ibu Dyana Sofya Mohd Daud, Yammy Samat.


Semalam, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata UMNO telah menghantar surat tunjuk sebab kepada Yammy kerana didakwa berkempen untuk anak perempuannya yang jadi calon DAP pada pilihan raya kecil itu.

p/s: MELAYU MUDAH LUPA!!!

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC