Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Wednesday 25 June 2014

Cerita di sebalik gaya rambut Ronaldo


cerita-di-sebalik-gaya-rambut-ronaldo
Gaya potongan rambut 'zig-zag' Christiano Ronaldo dilaporkan melambangkan tanda penghormatan kepada seorang kanak-kanak di Sepanyol yang terpaksa menjalani pembedahan otak akibat menghidap kanser.

Dikhabarkan, pada Februari lalu bintang terkenal Portugal itu telah membiayai keseluruhan kos pembedahan kanak-kanak dikenali Erik Ortiz Cruz, berjumlah 83,000 pound sterling (RM454,844).

Terdahulu, dia juga pernah membiayai rawatan kanser yang dialami seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun pada 2012.


Gaya rambut terbaharunya itu menarik perhatian dunia ketika saingan Piala Dunia semakin hangat berlangsung, namun ramai tidak menyangka ia sebenarnya melambangkan tanda penghormatan kepada kanak-kanak berkenaan.

Dalam perkembangan perlawanan bola sepak pada saingan Kumpulan G semalam, Portugal sekadar meraih mata seri 2-2 ketika perlawanan menentang AS dan kini menyandang kedudukan tercorot kumpulan dengan pungutan satu mata.

Pasukan itu harus meraih kemenangan mengatasi Ghana dalam saingan terakhir kumpulan pada Khamis ini bagi menempah peluang mara ke peringkat seterusnya, namun segalanya masih bergantung kepada keputusan perlawanan pasukan Jerman dan AS di Arema Pernambuco.

1 comment:

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC