Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Friday, 13 June 2014

Mak Nyah Dibotakkan Selepas Ditahan Di Majlis Kahwin

Gambar hiasan


PETALING JAYA: Seramai 16 orang 'mak nyah' yang ditahan pada majlis perkahwinan telah dibotakkan kepala dan menghabiskan malam pertama mereka di Penjara Sungai Udang, Melaka pada Isnin.

Aktivis kumpulan transgender Justice For Sisters (JFS) Nisha Ayub,  berkata mereka telah diasingkan daripada penghuni-penghuni lain.Beliau berkata, walaupun dibotakkan kepala, mereka telah dilayan dengan baik.Beliau bagaimanapun berkata, timbul rasa bimbang di kalangan mereka kerana ia merupakan kali pertama mereka menghabiskan masa di penjara.


"Mereka tertekan. Ini adalah kali pertama mereka menghabiskan masa di penjara. Kebanyakan mereka adalah mak andam dan mereka bimbang ini akan menjejaskan reputasi dan pendapatan mereka," katanya kepada The Star Online.

Pada malam Ahad, Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan menahan 17 orang mak nyah pada majlis perkahwinan di Bahau, Negeri Sembilan.

Salah seorang daripada mereka telah dibebaskan kerana masih di bawah umur.

Mahkamah Syariah pada Selasa telah menjatuhkan hukuman terhadap 16 daripada mereka dengan denda RM950 setiap seorang dan tujuh hari penjara di bawah Seksyen 16 Enakmen Syariah Enakmen Jenayah 1992.-sumber

4 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Kalau mak nyah tu bijak & loaded mereka boleh kemukakan tuntutan saman. So standby jer lah kamu2 yg bertindak keterlaluan.

    ReplyDelete
  3. cuba alim ulamak kita buat kajian sikit pada kumpulan nyah ni.apakah kaedah paling tepat untuk menangani gejala ini. ulamak jangan hanya pandai berfatwa dan menghukum saja. ulamak berilah jalan penyelesaian.saya kalau diupah dg seribu dinar dan sejutadirha untuk berlagak nyah takmahu aku.

    ReplyDelete
  4. setahu aku hanya sorang ustaz saja yg sering mendekati mak nyah dan ikhlas untuk membetulkan mereka...ustaz kazim..tahniah dan syabad ustaz..anda lah sebenar benar pendakwah

    ReplyDelete

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC