KUALA LUMPUR 10 Jun - Sebanyak tujuh keping gambar jijik melibatkan sebuah kilang pengeluaran produk makanan membuat makanan mula tersebar dan menjadi viral di laman media sosial Facebook.
Gambar-gambar terbabit turut disertakan dengan pelbagai caption di laman sosial itu termasuk mempersoalkan pemantauan dan penguatkuasaan pihak yang berwajib.
Kejadian yang didakwa melibatkan sebuah kilang pemprosesan Mee Hoon di sekitar ibu negara itu dirakamkan ketika pekerja sedang menimbang dan membungkus pek makanan sebelum dipasarkan.
Penyebaran gambar tersebut telah menimbulkan rasa tidak puas hati dari kalangan orang ramai yang mendesak pihak Kementerian Kesihatan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) perlu menjalankan siasatan segera berhubung perkara tersebut.
Terdapat juga beberapa pengguna media sosial Facebook yang mencadangkan agat tindakan tegas diambil terhadap pihak bertanggungjawab menyebarkan gambar-gambar berkenaan jika dakwaan tersebut tidak benar kerana cuba menimbulkan persepsi buruk terhadap syarikat berkenaan.
No comments:
Post a Comment