Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Friday, 13 June 2014

Siapa Pembohong? Zain Kilauan Emas (Ringgo) Atau Portal PAS Berbohong Besar?

zain kilauan emas

Sambil menonton Konsert Mega Final Kilauan Emas malam tadi, jari jemari penulis melayari internet sambil mencari maklumat-maklumat berkenaan program itu.

 Penulis akui, dunia hiburan dan penulis mempunya jarak yang sangat ketara. Album terakhir yang penulis beli pun adalah Rod Steward Compilation Album yang berbentuk kaset!

Sambil menikmati kedua-duanya, tiba-tiba penulis terbaca satu artikel di mstarOnline di mana Zain (atau Ringgo Arrow) menafikan keanggotaan beliau di dalam parti politik PAS. Bahkan, beliau mencabar pihak-pihak yang membuat dakwaan agar mengemukakan bukti berkenaan tuduhan tersebut.
zain mstar

Betulkah Zain bukan seorang ahli PAS? Mari sama-sama kita cari kebenaran ini…

zain penagadaily
“Printscreen” di atas penulis dapat dari sumber ini;
Untuk mendapatkan lagi kesahihan, cuba para pembaca yang bijaksana lihat foto dibawah ini:
zain dppkelantan
Baca “caption” pada foto diatas, yang bersumberkan;
Zain seharusnya lebih berani, dan tidak cuba menafikan penglibatannya di dalam PAS, seperti mana pengakuannya yang ditulis oleh blogger “mesra” PAS, Albanjari di dalam blognya sewaktu PRK Tenang beberapa tahun yang lalu;
Aku tanya dia, macamana dia terlibat dengan PAS. Dia bilang dia join PAS sezaman dengan Amy Search. Tapi dalam ramai2 artis yg join PAS, hanya dia yg berani isytihar sebagai ahli PAS. yang lain, harap muka jer ganas..tapi teloqq..haluih(kecik)..takutt ! Takut miss soru..! Tu masing2 punya kuat la mahu declare bab2 parti ni bro..! dia bilang sama aku.
Itu intipati tulisan Al Banjari berkenaan Ringgo Arrow seperti di
 http://albanjarionline.blogspot.com/2011/01/prk-tenang-secangkir-kopi-bersama.html

Sehingga artikel ini ditulis, penulis akui tidak mempunyai bukti tentang “tiket ke syurga” samada dalam bentuk nombor keahlian PAS, atau kad keahlian PAS atau borang keahlian PAS yang diisi oleh Zain. Dengan apa yang penulis utarakan, sepenuh jiwa dan raga meletakkan kemampuan pembaca berfikir dan menilai Zain Kilauan Emas atau Ringgo Arrow berdasarkan penafiannya di mstaronline.

Atau pun mungkin penulis yang tersilap, mungkin sahaja blog dan portal PAS yang berbohong, jika bukan Zain sendiri.
Menyentuh soal bohong ini, penulis tiba-tiba teringat tentang doktrin “At-Taqiyyah” dalam fahaman Syiah, yang membenarkan seseorang itu menipu bagi menyembunyikan pendiriannya.
Harap-harap PAS atau Zain tidak ada kena mengena dengan Syiah.

1 comment:

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC