Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Thursday 19 June 2014

Isteri curang ditetak suami

gambar hiasan

Alor Setar: Seorang isteri parah di peha kiri manakala seorang remaja lelaki hampir putus tangan kiri akibat ditetak suami wanita terbabit selepas mereka ditemui dalam keadaan bogel di dalam rumah sewa dalam kejadian di Langgar, dekat sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi, lelaki berusia lewat 20-an itu dikatakan baru pulang berniaga di kedai makannya di Kepala Batas, di sini, terkejut apabila mendapati isterinya berusia awal 30-an dalam keadaan memalukan bersama pekerjanya yang berusia 19 tahun.
Jurucakap polis berkata, suspek bertengkar dengan pekerjanya itu sebelum pergi ke dapur dan mengambil sebilah parang serta menetak mangsa beberapa kali yang turut terkena isterinya.

Katanya, polis yang dimaklumkan mengenai kejadian mendapati kedua-dua mangsa mengalami pendarahan teruk sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan memaklumkan suami mangsa ditahan untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata.-myMetro

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC