Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Sunday, 15 June 2014

Mengaku Sebagai "ISLAM",Tapi Hidangkan Pelanggan Sup Kaki Khinzir/Babi?





"INI KAKI BABI LEH", AWAS UMAT ISLAM MAKAN DI FOODCOURT DI KUCHING
Assalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuhu.
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Ya ALLAH ampunilah dosa saya seandai apa yang apa saya tulis ini tidak tepat dan seandai nya tepat ia nya keizinan yang maha-Esa.


1.Kejadian ini berlaku di pusat membeli belah The Spring, Jalan Simpang Tiga, Kuching. Pada 10 /06/14 saya bersama dua orang rakan lebih kurang jam 7:40 pm ketika menikmati makanan di WARUNG RASA INDONESIA yang terletak di Tingkat 1 The Spring Foodbazaar (Food Court) saya merasa curiga dan mengesyaki menu SOTO AYAM SEMARANG yang dihidangkan menggunakan sup kaki khinzir dan bukannya sapi (Lembu).

2.Kejadian di sedari apabila salah seorang rakan saya telah ternampak "tulang yang agak meragukan" dalam periuk belanga sup restoren tersebut dan memberitahu saya. Perasaan was-was membuatkan saya terus pergi ke kaunter warung tersebut dan menggesa petugas warung berkenaan membuka periuk belanga serta mengaut isi sup itu. MASYA ALLAH, terkejut saya kerana "keping-kepingan daging" sup tersebut tidak langsung menyerupai potongan-potongan daging lembu atau ayam.

3.Lagi mengeruhkan keadaan apabila salah seorang pekerja di premis tersebut berbohong mendakwa dirinya sebagai seorang penganut agama Islam berasal daripada Indonesia. dan berkahwin dengan orang tempatan berbangsa Cina yang empunya warung tersebut. Saya dan rakan terus menyiasat latar belakang suaminya dan mendapati beliau mengusahakan sebuah non-halal restoran yang terletak di Batu Tiga. (Nama kedai tersebut saya akan dedahkan nanti).

4.Sebelum meninggalkan permis berkenaan, saya menunjukkan gambar tersebut dan bertanya apakah makanan itu kepada sorang amoi Cina yang berkebetulan lalu di sana. Dia memerhati gambar tersebut dan tanpa ragu menjawab, "INI KAKI BABI LEH!!!"

5.Aduan secara resmi telah saya laporkan semalam di Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Bhg Penguatkuasaan Halal, Tingkat 12 Kompleks Islam Sarawak agar tindakan dan siasatan lanjut dapat diambil untuk memastikan tiada lagi umat Islam di negeri ini tertipu demi agama, bangsa dan negara.

6. Lokasi premis tsb terletak di kawasan masyarakat majmuk pelbagai bangsa dan kepercayaan agama. Sepatutnya sbg kewajipan pengusaha premis meletakan tanda amaran "Non Halal Food" kpd pelanggan



sumber

3 comments:

  1. Kat semenanjung dah ramai terkena. Mana yang suka makan di restoran cina, yang sahih kata halsl, jawab la di atas kejahilan ini.

    Dulu anak-anak melayu hati nya lembut. Mudah di bentuk. Sekarang lihat bagaimana makanan menjadi darah daging mempengaruhi karakter kehidupan dan persekitaran. Campur air holy water.. he..he.. yum! yum! + burger / hot dog impot + makanan coklat impot + makanan yang di ragui halal nya + campur ikan sembilan besar berlemak berlendir + campur sayur-sayuran ( baja) + mee, mihun di cetak nama keislaman ( taktik melakukan yang sepatut nya di haramkan cetak dagang nya berunsur mengelirukan malah di proses di belakang dapur) + + dan macam-macam dan akhir nya mandi pakai sabun dan ubat gigi dna babi...

    Mana nak elak niii... macam mane nak elaaak, langkah itu tuk belum ajar !

    Sesungguh nya, kita mesti sentiasa di maklumkan ( tugas JAKIM dan badan- badan halalan toyyiba dan seperti nya - mesti aktif bekerja setiap masa ) dan menggunakan AKAL yang kita miliki, mesti mengambil berat jenis makanan yang bakal meracun, mengharamkan, membahayakan dan membunuh kita.

    Baca jenis binatang-binatang yang di haramkan Umat Islam menjamah nya. Apa hikmah nya.

    Harap blogger paparkan artikel berkaitan. Dakwah kita...

    ReplyDelete
  2. InshaAllah...MF akan cuba pertengahkan..tq maae

    ReplyDelete

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC