Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Tuesday, 3 June 2014

"WANTED" Pelajar Sekolah Kini Di Kehendaki!! (video)





Tengok sendiri muka budak-budak kurang ajar ni... Polis dah buru dahhh...! Anak siapa ni agaknya? Anak kita?
Apa la budak-budak sekolah sekarang ni nak jadi. Dulu, saya ingatkan Gen Y ni bagus-bagus dan akan mencontohi sikap Gen X yang terdahulu. Rupanya jangkaan saya meleset... depa lebih teruk rupa-rupanya...

Saya tak nafikan Gen X dulu pun ada yang "buas" dan agak "pailang". Tapi takde la seteruk macam ni kat sekolah dulu... At least, dulu Gen X ni hormat pada guru dan sekolah... nak buat jahat mana sekali pun, selalunya kat luar pagar sekolah...kan?


Tapi budak-budak sekarang ni "lain macam" pulak jadinya... Mungkin depa ni celik-celik mata tengok Malaysia dah membangun dan macam-macam terhidang depan mata dan depa mudah dapat apa saja depa nak... nak motor dapat motor...nak smart phone dapat Note 3! kan?

Kes terbaru kat bawah ni misalnya...










Saya percaya, kes kat atas ni adalah di antara ribuan kes yang berlaku di sekolah-sekolah. Guru-guru kat sekolah kalau tengok video tu dah tentu akan kata "Alaaa.. kat sekolah aku pun berlambak budak buat perangai macam tu.. lagi ganas pun adaaaa..".

Sebab tu saya tak hairan kalau ada di kalangan guru kita yang kata "aku pun dah naik takut dengan budak-budak sekolah sekarang ni... tegur sikit depa tumbuk terajang kita... kita cubit sikit.. mak bapak pulak bawak parang nak serang kita...".

So macamana? Patut ke kita beri semula kuasa merotan pelajar pada semua guru-guru kat sekolah? Atau kita wujudkan lebih banyak sekolah-sekolah pemulihan akhlak macam sekolah Henry Gurney tu? Atau nak bina penjara khas untuk budak-budak bawah kes juvenil ni?

Atau kita nak mak bapak depa "ajar" anak-anak depa supaya tak buat perangai kat sekolah? Boleh "pakai" ke idea tu? Heh!

Tengok perangai budak-budak macam ni, rasa risau pulak nak hantar anak saya ke sekolah nanti. Bukan risau guru-guru tak ajar anak-anak saya, tapi saya risau anak-anak saya akan bercampur dengan budak-budak macam tu dan hasilnya ada 2 kebarangkalian... "Buli" atau "dibuli", kan?

Saya tak mahu anak saya membuli sesiapa dan tak mahu anak saya dibuli sesiapa. Nak harapkan cikgu 100% pun tak boleh jugak sebab dia ada banyak lagi tanggungjawab lain. Takkan nak suruh cikgu ikut anak saya ke hulur ke hilir pulak, kan? Budak-budak lain macamana? Macam la cikgu tu takde kerja lain, kan?

Tapi kalau tak hantar anak saya ke sekolah, siapa nak ajar dia pulak? Saya kerja, isteri saya pun kerja? So macamana? Ada ke sekolah yang ada budak-budak baik saja kat sekolah tu...? Sekolah mana ek?-SUMBER

4 comments:

  1. muka mcm sampah..Generasi Y-outube..dlm islam pon menggalakn ank2 dirotan jika xsolat pd umur 7 tahun..ini masalhnya kalau hidop xde displin..anak melayu akan trus mundur..sdih tngok generasi harini...sampai bile kite nak tngok bangsa lain yg memajukan Negara ni...anak melayu sndiri perangai mcm sampah..xbole brfikiran waras hanya mengikut nafsu

    ReplyDelete

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC