Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Saturday, 28 June 2014

FATWA SYEIKH MUHAMMAD BIN HADI AL-MADKHALI, MUFTI MADINAH AL-MUNAWWARAH TERHADAP KUMPULAN MILITAN NEGARA ISLAM IRAQ & SYRIA (ISIS)


FATWA SYEIKH MUHAMMAD BIN HADI AL-MADKHALI,
MUFTI MADINAH AL-MUNAWWARAH TERHADAP
KUMPULAN MILITANT NEGARA ISLAM IRAQ & SYRIA (ISIS)


Syeikh Muhammad bin Hadi Al-Madkhali:

Oleh itu, ini adalah satu penipuan dan muslihat buat anak-anak dan belia kita. Mereka mengambil anak-anak muda dan menggunakan mereka untuk maju ke depan di pelbagai lokasi; pertempuran sengit! Hanya Allah mengetahui apa yang berlaku di sana!


Bukan itu sahaja, kumpulan-kumpulan ini yang menggelar diri mereka sebagai kumpulan Jihad, mereka berperang sesama mereka!
Kumpulan ISIS (Negara Islam Iraq dan Syria) berperang dengan kumpulan ISIJ (Negara Islam Iraq dan Semenanjung Arab), manakala kumpulan ISIJ pula berperang menentang Al-Qaeda! Saya tidak tahu Al-Qaeda berjuang menentang siapa.

Bunuh-membunuh dan saling berperang. Inilah keadaan mereka. Kita sendiri telah melihat dengan mata kepala kita sendiri. Kita bukan tidak tahu apa yang sedang berlaku di sana.
Jadi, di mana Islam yang mereka laungkan? Di mana ‘jihad’ yang mereka serukan?
Sesungguhnya Allah telah memuliakan Umat ini dengan Jihad. Umat yang berjuang, (itulah) Umat Muhammad sallalahu alaihi wasallam. Akan tetapi, Jihad mempunyai garis panduannya, syarat-syarat dan prinsip-prinsipnya.

 Ia juga mempunyai orang-orang  yang berkelayakan yang akan menjelaskan tentangnya menurut Syarak. Sebagaimana ia juga mempunyai pemimpin-pemimpin yang akan menjadi panglimanya. Merekalah golongan yang (ucapan dan perintah mereka) didengar dan ditaati.


Adapun individu-individu ini (ISIS, ISIJ, Al-Qaeda dan kumpulan-kumpulan pengganas lain), mereka hanya menyeru kepada fitnah. Lalu mereka menganggapnya ‘Jihad’. Walhal pada hakikatnya ia adalah keganasan dan kekacauan. Sama ada mereka suka atau tidak, kita menyatakannya secara jelas:  IA ADALAH KEGANASAN DAN KEKACAUAN!

Kami memohon kepada Allah yang Maha Agong agar anak-anak kita diselamatkan daripada mereka. Dan segala puji bagi Allah yang Esa yang telah memberikan pemimpin-pemimpin kita (di Arab Saudi) keupayaan untuk menjelaskan hal ini. Sejak daripada mula lagi mereka telah menjelaskan akan perbezaan antara jihad dan keganasan.

Ia adalah bencana yang dibawa ke negara-negara Islam dari Afghanistan ke Tunisia, ke persempadanan Turki dan ke dunia Arab. Lalu mereka memanggilnya ‘Jihad’! Sedangkan pada hakikatnya, ia bukan Jihad tetapi ia adalah bencana dan kerosakan.

Kita memohon kepada Allah keselamatan dan perlindungan. Ya Allah, kurniakan kepada kami keselamatan dan perlindungan. Saya memohon kepada Allah yang Maha Agong agar umat Islam yang tersesat jalan dibawa kembali kepada-Nya dengan pulangan yang baik. Semoga Allah memberi kita kejayaan dalam setiap yang baik, dijauhkan negara kita dan negara-negara Islam daripada segala bahaya, dan memalingkan setiap kejahatan daripada orang-orang Islam. Sesungguhnya Dia Maha Pemurah lagi Maha Memberi.

-Tamat-

Terjemahan oleh Ustaz Idris bin Sulaiman.

Sumber: http://www.youtube.com/watch?v=BzQmBXn4b_E
Sumber

2 comments:

  1. aku ingat diaorang lawan syiah ?

    ReplyDelete
  2. Beramal apapun kenalah berilmu yg benar, dipelajari dan difahami, jgn sampai jadi Khawarij, sesama Islam berbunuhan, musuh sebenar sorak gembira.

    ReplyDelete

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC