Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Saturday, 7 November 2020

Soalan² Berkenaan #PKPB



*Bolehkah saya keluar rumah?*

Hanya dua orang dari setiap isi rumah dibenarkan keluar daripada rumah. Ini hanya dibolehkan untuk urusan kerja, kecemasan dan perkara penting seperti membeli barang keperluan seperti makanan dan bahan mentah.


*Sejauh mana saya boleh bergerak?*

Perjalanan rentas daerah tidak dibenarkan. Polis akan membuat sekatan jalan untuk mengawal pergerakan.

Di Selangor, misalnya, terdapat sembilan daerah - iaitu Gombak, Hulu Langat, Hulu Selangor, Klang, Kuala Langat, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling, Sabah Bernam dan Sepang. Anda harus kekal berada di daerah anda.


*Bolehkah saya pergi bekerja?*

Sebilangan besar perniagaan masih beroperasi seperti biasa. Hanya beberapa sektor akan ditutup, seperti institusi pendidikan dan pusat hiburan.


*Bolehkah saya pergi bekerja sekiranya pejabat saya di daerah lain?*

Pengecualian dibuat untuk individu yang perlu melakukan perjalanan rentas daerah untuk bekerja, dengan syarat mereka menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan mereka di sekatan jalan raya.


*Bolehkah saya menghantar anak-anak saya ke sekolah atau pusat jagaan kanak-kanak?*

Tidak. Semua sekolah, kolej, universiti, institut latihan dan pusat jagaan kanak-kanak akan ditutup.


*Bolehkah saya makan di restoran?*

Tidak, makan dalam restoran tidak dibenarkan lagi. Restoran masih dibenarkan dibuka tetapi hanya boleh dibeli untuk dibawa pulang dan bagi tujuan penghantaran makanan.


*Adakah sekatan masa dikenakan untuk saya melakukan perjalanan dan operasi perniagaan?*

Ya. Perincian akan diumumkan tidak lama lagi. 


*Bolehkah saya beriadah di taman?*

Tidak. Semua taman awam dan pusat rekreasi akan ditutup. Anda juga tidak dibenarkan keluar untuk aktiviti rekreasi seperti bersenam atau menunggang basikal.


*Bolehkah saya berkaraoke di pusat karaoke?*

Tidak, premis hiburan tidak dibenarkan dibuka.


*Saya mempunyai majlis perkahwinan untuk dihadiri, adakah ia dibenarkan?*

Tidak, majlis perkahwinan tidak dibenarkan.


*Bagaimana dengan tempat ibadat?*

Semua tempat ibadah - Muslim dan bukan Muslim - akan ditutup.


*Bagaimana jika saya enggan?*

Ia melanggar Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 dan boleh dikenakan denda RM1,000, penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya.

Lebih buruk lagi, jika anda menghalang penjawat awam yang melaksanakan PKPB, anda boleh dikenakan hukuman penjara hingga dua tahun atau denda hingga RM10,000 atau kedua-duanya di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Penjawat awam tidak hanya terhad kepada polis dan merangkumi penjawat awam pelbagai agensi kerajaan termasuk pegawai majlis perbandaran.


#covid19 #PKPB #Belanjawan2020 #Covid2020 #2020

No comments:

Post a comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

SILA KLIK PIC