Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Wednesday 10 September 2014

Fesyen Jilboobs haram bagi kaum wanita !!!

CLICK PHOTO

Fesyen Jilboobs (gabungan Jilbab dan Boobs) haram bagi kaum wanita

Majlis Ulama Indonesia (MUI) mengeluarkan fatwa bahawa adalah haram bagi kaum wanita mengenakan pakaian Muslimah tetapi masih menonjolkan bentuk tubuh atau berpakaian ketat.

MUI mengeluarkan fatwa berkenaan berikutan trend baharu dalam kalangan wanita bertudung yang menggayakan fesyen Jilboobs (gabungan Jilbab dan Boobs) yang kini menjadi ikutan di Indonesia.
Golongan tersebut mempopularkan fesyen Jilboobs iaitu mengenakan tudung kepala tetapi berpakaian ketat bermula dari paras leher ke bawah.

"Sudah ada fatwa MUI soal pornografi, ia termasuk tidak boleh memperlihatkan bentuk tubuh, pakai tudung tapi berpakaian ketat. MUI secara tegas melarang (fesyen) itu," tegas Timbalan Ketua MUI, Ma'ruf Amin.

Menurut Ma'ruf, MUI mengeluarkan fatwa itu memandangkan cara menutup aurat oleh golongan itu tidak bersesuaian dan tidak menepati Syariat Islam tentang cara berpakaian.

"Kalau sebahagian menutup aurat, sebahagian lagi masih memperlihatkan bentuk-bentuk yang sensual itu dilarang," kata beliau.

Sehubungan itu, MUI menggesa setiap Muslimah yang sudah bertudung agar memberi perhatian pada cara berpakaian yang menepati Syariat agama.

Sebelum ini, sebuah komuniti wanita Muslimah yang memperkenalkan diri mereka sebagai Jilboobs Community dalam Facebook, memuat turun foto mereka mengenakan pakaian ketat sehingga mencetuskan reaksi kurang senang daripada pelayar-pelayar media sosial itu.

TAKE NOTE: Di Malaysia pun ada yang mengenakan trend jilboobs ini. Rasanya mereka yang mengenakan cara pemakaian seperti ini tidak ubah seperti pakai bikini saja.

2 comments:

  1. ini pesen tutup kepala bukan tutup aurat, orang yang ada buah betik besar, nasi lemak tiga ringgit suka pesen ni, nak tunjuk berapa murah nilai dia orang, yang pergi surau, dengar ceramah ugama, paham apa itu aurat, tak buat kerja macam ni,..jual lah asset kamu minah ooiiii...hak kamu, kebebasan kamu...ugama saja yang dapat membezakan siapa muslimah dan siapa pompuan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. TAK SUKA JGN TENGOK...ITU NAMANYA FESYEN..SUKA HATILAH..BUKAN PAKSA ENGKAU TGOK PUN..KAU NAK SANGAT MASUK SYURGA ARAB TU IKUT SUKA ENGKAULAH NAK PERCAYA AGAMA ARAB UNTAKAH..AGAMA KRISTUS ANAK TUHAN MATI DISALIBKAH...AGAMA YAHUDI BANGSA PILIHAN TUHANKAH..AGAMA APA PUN..LANTAK KAULAH

      Delete

DARAH SATRIA

Popular Posts

SILA KLIK PIC