CLCIK PHOTO
Mengikut undang-udang, pihak Google harus mengaburkan muka individu dan setiap nombor kenderaan yang dipaparkan di dalam Street View. Sekiranya anda menemui imej peribadi dan nombor pendaftaran kenderaan milik anda yang tidak dikaburkan apakah yang boleh anda lakukan?
Ikuti langkah-langkah berikut untuk mengarahkan Google untuk memadamkannya bagi pihak anda.
Buka laman Google Maps.
Tarik dan letakkan logo Pegman (watak kuning Street View) untuk mengakses fungsi Street View
Cari gambar yang ingin anda kaburkan.
Pada bahagian bawah sebelah kanan anda akan menemui butang “Report Inappropriate Street View” dan tekan butang “Submit”.
Pihak Google kini akan memproses permintaan anda. Sekiranya alamat Emel disertakan pihak
Google juga akan menghantarkan mesej kepada anda selepas imej diubah mengikut kehendak anda.
No comments:
Post a Comment