ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER
Sunday, 27 April 2014
Boeing Harus bertanggungjawab ke atas kehilangan misteri penerbangan MH370-TUN M
Tun Dr Mahathir Mohamad mahu pengeluar pesawat Boeing bertanggungjawab ke atas kehilangan misteri penerbangan MH370 sehingga hari ini sejak 8 Mac lalu.
Bekas perdana menteri itu mempertahankan syarikat Malaysia Airlines (MAS) yang menerima cemuhan dan kritikan banyak pihak, mengatakan Boeing yang sepatutnya dipersalahkan di atas kehilangan MH370 dan 239 penumpang serta anak kapal.
"Saya sangat kecewa apabila pekerja MAS ditahan sebagai tebusan di Beijing oleh ahli keluarga penumpang MH370,” tulis Dr Mahathir dalam blognya www.chedet.cc malam tadi.
"Saya kecewa kerana mereka menyalahkan pihak yang salah. Kehilangan pesawat tersebut berpunca daripada pengeluarnya, Boeing."
MAS mengesahkan kakitangannya ditahan di sebuah dewan utama di Lido Hotel, Beijing petang Khamis lalu.
Insiden tersebut tercetus ekoran ahli keluarga tidak berpuas hati dengan pendedahan butiran berhubung kehilangan pesawat itu.
MH370 hilang secara tiba-tiba tidak dapat dikesan radar selepas berlepas dari Kuala Lumpur pada 8 Mac lepas, dan tiada sebarang isyarat kecemasan atau amaran diterima Menara Kawalan Udara.
Teori alat pengesan dimatikan sendiri oleh individu dalam pesawat MH370 diperkatakan sejak awal kehilangan, bagaimanapun Dr Mahathir membidas Boeing kerana mengeluarkan sebuah pesawat yang mudah dilumpuhkan sistemnya daripada dikesan.
"Bagaimana Boeing boleh mengeluarkan pesawat yang mudah dilumpuhkan sistemnya?" katanya.
"Boeing mesti jelaskan mengapa semua alat pengesan pesawat boleh dilumpuhkan, boleh gagal.
"Sama ada teknologinya sangat lemah atau tidak selamat. Saya tidak akan terbang dengan menggunakan pesawat Boeing lagi melainkan mereka boleh jelaskan mengapa semua sistem gagal dan dilumpuhkan," kata Dr Mahathir.
Dr Mahathir mengulangi kehairanannya dan berkata mustahil MH370 hilang secara tiba-tiba tanpa dapat dikesan dengan teknologi dan satelit canggih yang dimiliki ketika ini.
"Saya percaya terdapat peralatan dalam pesawat yang membolehkan ia dikesan, mungkin dengan GPS (Global Positioning System).
"Kamera rumit yang dikendalikan satelit pengintip oleh sesetengah negara boleh mengambil gambar orang di bumi dan mengenalpastinya. Sudah pasti kamera dapat melihat dan mengambil gambar pesawat 63 meter panjang tersebut," kata beliau.
Menurut Dr Mahathir lagi, syarikat Boeing juga tidak menunjukkan kesungguhan dalam misi mencari dan menyelamat tersebut, walhal sepatutnya mereka yang bertanggungjawab untuk menjejak semula MH370.
"Boeing dan pihak berkuasa negara pengeluar yang sepatutnya mencari pesawat tersebut. Mungkin jenis pesawat tersebut juga perlu dihentikan.
"Tetapi Boeing tidak menunjukkan sebarang minat dan mengeluarkan kenyataan yang secara praktikalnya salah," kata beliau.
Dr Mahathir juga tidak mempercayai teori yang mengatakan juruterbang dan pembantunya melakukan tindakan membunuh diri dan sengaja membiarkan pesawat terhempas.
"Juruterbang MAS dilatih sebaik mungkin. Walaupun juruterbang mahu membunuh diri, pembantunya dan anak kapal tidak akan membenarkan ia berlaku tanpa menghalangnya.
"Namun, tiada seorang pun, tiada seorang penumpang yang melakukan sesuatu. Mungkin mereka pengsan kerana kekurangan oksigen," kata Dr Mahathir.
Bagi Dr Mahathir, syarikat penerbangan negara tersebut tidak wajar dipersalahkan.
"MAS menerbangkan pesawat yang dijangka melengkapkan tugasannya. Tetapi pesawat tersebut tiba-tiba berkelakuan ganjil.
"Siapa yang bertanggungjawab? Bukan MAS, tetapi pastinya pengeluar pesawat - Boeing Aircraft Corporation," katanya.
Selain Dr Mahathir, bekas Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Zolkipli Abdul juga sebelum ini mendakwa Boeing dan Rolls Royce tidak sepatutnya mengambil sikap berdiam diri kerana mereka merupakan pembuat dan pengeluar komponen pesawat MH370.
Beliau berkata, sikap dua syarikat berkenaan amat mengecewakan dan memperlihatkan mereka cuba mengambil sikap lepas tangan dalam kemelut pesawat MH370 yang hilang sejak awal bulan lalu.
"Umum mengetahui, sebagai pembuat dan pengeluar, Boeing mempunyai sistem dan kepakaran untuk mengesan pesawat yang hilang," katanya seperti dilapor akhbar Utusan Malaysia versi Ahad, Mingguan Malaysia baru-baru ini. – 26 April, 2014.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DARAH SATRIA
Popular Posts
-
Macam – macam perangai budak-budak sekolah sekarang. Ada budak sekolah bertudung yang berani melakukan seks di tempat terbuka. Diorang n...
-
CLICK PHOTO PETALING JAYA: Siti Aishah Abdul Wahab, warga Malaysia yang dipercayai menjadi hamba domestik di London, tidak menyesal ...
-
CLICK PHOTO Hari ini MF terjumpa satu artikel menarik berkenaan seks bebas. Ini adalah kejadian sebenar yang berlaku pada remaja per...
-
KLIK PHOTO 1. Orang Yahudi mengaku kononnya mereka “manusia terpilih Tuhan”. Walaupun mereka dituduh menyalib Nabi Isa, walaupun dipaks...
-
CLICK PHOTO Gaduh sampai terbogel maruah diri, apa tindakan kita sebagai ibubapa ambil?nak disalah ibubapa? patut ke? nak disalahkan p...
-
Antara Orang-Orang Yang Bertanggung Jawab Menyebar Dakyah Syiah Di Malaysia Ialah: 1. Ketua Syiah Malaysia (Mohd Kamil Zuhairi Abd Azi...
-
KUALA LUMPUR 3 Julai – Model Felicia Yeap, 28, menganggap hari ini adalah hari kelahiran semula dirinya setelah menganut agama Islam secar...
-
KLIK PHOTO Sebenarnya admin tak nak keluarkan artikel ni sebab terlalu memalukan melihat kepada tingkah laku anak-anak pelaj...
Entri Malayan Fighter
-
▼
2014
(208)
-
▼
April
(10)
- Boeing Harus bertanggungjawab ke atas kehilangan m...
- WARDINA MERAJUK SELEPAS TERIMA KRITIKAN HEBAT OLEH...
- Felixia Yeap Chin Yee Blogger Dan Bekas Model Play...
- Menipu Dalam Bersolat Bekas Isteri Dedah Kelakuan ...
- 4 Gambar Kanak-Kanak Tahun 4 Tertusuk Besi Di Pipi!!!
- Lelaki terselamat dari maut beberapa saat sebelum ...
- DIKECAM WARDINA MINTAK MAAF KERANA MENGAIBKAN USTA...
- Video: Azmin Ali Tolak Hukum ALLAH (Hudud) ??
- Sesi Soal Jawab bersama Tun Dr Mahathir Mohamad se...
- POLIS CARI ENAM LELAKI BANTU SIASATAN
-
▼
April
(10)
No comments:
Post a Comment