Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Thursday 3 April 2014

POLIS CARI ENAM LELAKI BANTU SIASATAN





Kuala Lumpur, 2 April - Polis sedang mencari enam lelaki yang amat diperlukan bagi membantu siasatan berhubung kes samun bersenjata api, pembunuhan dan penculikan di sekitar Kuala Lumpur.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Gan Kong Meng berkata: "Lelaki yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes samun bersenjata api di sebuah kedai emas, sekitar Wangsa Maju pada tahun 2008 ialah Ngai Chan Hong @ Ah Seow, nombor kad pengenalan 790710-10-5341 dan alamat terakhirnya di No. 6, Jalan Indah 1/4 Taman Universiti, Seri Kembangan, Selangor.

"Lee Yun Kong, nombor kad pengenalan 551123-10-5867 yang tinggal di No. 15, Jalan SJ 25, Taman Selayang Jaya, Selangor, bagi membantu siasatan kes melepaskan tembakan di sebuah restoren di kawasan Jinjang pada bulan Mac 2011," katanya.

Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) di sini hari ini, Gan berkata juga dikehendaki ialah Lim Yuen Soo untuk membantu siasatan dalam kes pembunuhan pengasas Kumpulan Arab-Malaysian Bank (AmBank) Hussain Ahmad Najadi pada Julai 2013.

Nombor kad pengenalan Lim ialah 600927-10-6193 dan alamat terakhirnya di No. 9, Jalan Bayu Segar 3, Bayu Segar Cheras, 56100, Kuala Lumpur.

"Lelaki yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes penculikan seorang kanak-kanak warga Belanda pada April 2012 ialah Jang Yin Jian @ Thomas, nombor kad pengenalan 880811-14-5173 dan alamat terakhirnya di No. 104, Jalan Lemak 2, Taman Segar, Kuala Lumpur.

"P.Saravanan @ Pink, nombor kad pengenalan 801223-10-5687 yang tinggal di No. 4, Jalan 1/1 Taman AG Besi Indah, Balakong, Selangor, dikehendaki bagi membantu siasatan kes bunuh di hadapan Kelab Madurai, Jalan Doraisamy, pada Ogos 2012.

"Seorang lagi lelaki ialah P.Udzea Kumaran atau lebih dikenali sebagai Mata Kucing nombor kad pengenalan 621103-05-5007 di alamat terakhirnya di No. 46, Jalan Rumbia 16, Taman Daya, Johor Baharu, bagi membantu siasatan dalam kes penculikan seorang lelaki Cina di Jalan Klang Lama pada Jun 2010," kata Gan.

Katanya orang ramai yang mengenali dan mempunyai maklumat mengenai kesemua lelaki berkenaan diminta berhubung terus dengan Bahagian Siasatan Khas (D9) IPKKL di talian 03-21460685 atau menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

- BERNAMA

1 comment:

  1. Lawyer lawyer PKR...Sila bela secara percuma...

    ReplyDelete

DARAH SATRIA

Popular Posts

SILA KLIK PIC