Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Saturday, 26 April 2014

Felixia Yeap Chin Yee Blogger Dan Bekas Model Playboy Akhirnya Akan Memeluk Islam Ramadan Ini!!





Syukur. Akhirnya amoi seksi yang pernah jadi Playboy Bunny ni terbuka juga hatinya untuk menerima Islam setelah sekian lama dia memakai tudung sebelum ini.

Isu dia memakai tudung sebelum ini menjadi kontroversi yang hangat diperkatakan dan turut menerima kritikan dari sesetengah pihak yang agak skeptikal.

Apa - apa pun, kita doakan semoga Amoi ni beroleh hidayah dan panduan yang sebenarnya dalam Islam. Cuma kita masih lagi menunggu, bila pulak Si Guan Eng tu nak masuk Islam?

Kalau ikut kata beberapa orang pemimpin PAS sebelum ini, Si Guan Eng tu masuk Islam selepas DAPigs kekal memerintah Pulau Pinang dalam PRU yang lalu.

Tapi ni dah nak masuk setahun. Jangan kata Si Guan Eng tu nak masuk Islam. Malah tanda - tanda dia nak menerima Islam tu pun masih lagi menjadi persoalan.

Mungkin Si Guan Eng tu masih menunggu masa yang sesuai kot. Macam yang pernah dinyatakan oleh Si Mat Syabun tu suatu ketika dulu, Si Guan Eng tu nak masuk Islam, tapi kena tunggu Ungker Lim mati dulu!!! Lepas tu baru dia masuk Islam!!!

KUALA LUMPUR - Bekas model Playboy, Felixia Yeap, 27, berkata akan memeluk agama Islam pada bulan Ramadahan ini.

Memetik laporan Harian Metro, keputusan itu dibuat setelah mengakui dirinya memerlukan masa untuk mendalami agama itu.

“Jika tiada halangan, Insya-Allah saya akan mengucap (kalimah) syahadah pada Ramadan ini bersempena dengan tarikh lahir saya pada Julai depan,” katanya.

Felixia atau nama sebenarnya Yeap Chin Yee berkata, dia bukan sengaja menangguhkan niat murni memeluk Islam, sebaliknya perlu mempersiapkan diri secara mental dan fizikal.

“Ada sebab kenapa saya belum memeluk Islam secara rasmi. Antara yang utama, saya masih perlukan masa. Buat masa ini, saya sedaya-upaya mencari masa untuk membaca buku agama.


“Jika ada kesempatan, saya juga menghadiri kelas dan ceramah agama supaya lebih faham mengenai Islam,” katanya.-SemutHitam

1 comment:

DARAH SATRIA

Popular Posts

SILA KLIK PIC