ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER
Sunday, 9 March 2014
Insiden Pesawat MH370 Tidak Diisytiharkan Terhempas Ini Jawapannya!!!
Jawapan mengenai persoalan kenapa pesawat MH370 Tidak Diisytiharkan Terhempas!
KUALA LUMPUR: Pesawat Boeing 777-200 milik Malaysia Airlines dalam penerbangan dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing yang hilang sejak awal pagi Sabtu sehingga lewat petang masih belum lagi dapat disahkan nasibnya.
Apa yang menimpa pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu menjadi spekulasi orang ramai yang memulakan hari minggu mereka dengan berita yang mengejutkan itu.
Kebanyakan laporan media menyebut pesawat itu dipercayai terhempas di perairan Laut China Selatan, berdasarkan kepada lokasi akhir pesawat berkenaan dikesan melalui sistem perhubungan penerbangan.
Tetapi kenapakah pihak berkuasa belum mengesahkan laporan tersebut?
"Memang secara umumnya, siapapun boleh mengatakan pesawat itu terhempas tetapi kalau terhempas di manakah bangkainya?
"Hanya kalau ada bangkai pesawat ditemui barulah pesawat itu boleh disahkan sebagai terhempas," kata seorang pakar penerbangan kepada Astro AWANI.
Beliau yang enggan dikenali mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam soal kawalan trafik udara serta selok belok operasi mencari dan menyelamat.
Penerbangan MH370 terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang kira-kira pukul 2.40 pagi, awal Sabtu, dua jam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Ia membawa 239 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal dari 14 buah negara. Ia sepatutnya mendarat di Lapangan Antarabangsa Beijing pada pukul 6.30 pagi.
Ditanya bagaimanakah pesawat itu boleh hilang daripada radar, pakar berkenaan menjelaskan, ada kemungkinan pesawat itu terbang rendah pada paras bawah 500 kaki dari aras laut.
"Ada dua jenis radar yang digunakan iaitu radar pengawasan utama dan radar pengawasan sekunder," katanya.
Radar pengawasan utama mengukur hanya jangkauan dan arah kompas dengan mengesan isyarat kelip pada skrin. Radar pengawasan sekunder pula sebaliknya tidak hanya mengesan maklumat yang sama tetapi boleh mengesan maklumat lain seperti paras ketinggian penerbangan dan identiti pesawat.
Tambah pakar itu, biarpun terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik, kedudukan pesawat itu masih boleh dikesan sekiranya ia terhempas kerana dilengkapi dengan sistem lampu suar tanda lokasi (emergency locator beacon) yang akan mengeluarkan isyarat apabila terhempas.
"Sistem ini kalis air. Maknanya, kalau pesawat terhempas ke dalam laut sekali pun ia akan dapat dikesan," katanya.
Jelas beliau, apabila pesawat itu terkena impak baik di darat mahupun di laut, sistem itu akan terus mengeluarkan isyaratnya.
Di kalangan pemerhati industri penerbangan, insiden MH370 mengingatkan kepada nahas pesawat jenis Airbus 330-203 milik Air France yang terhempas ke dalam laut di perairan dengan Rio de Janeiro pada 1 Jun 2009 tetapi bangkai pesawat itu hanya ditemui dua tahun kemudian.
MH370 dipandu oleh juruterbang Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53 tahun, yang berpengalaman mencatatkan jam penerbangan selama 18,365 jam. Beliau menyertai Malaysia Airlines pada 1981. Zaharie dibantu oleh Pegawai Pertama, Fariq Ab Hamid, 27 tahun, yang menyertai Malaysia Airlines pada 2007.
Sementara itu bekas Pengarah Urusan Penerbangan MAS, Tan Sri Abdul Aziz berkata penjelasan mengenai insiden ini perlu dibuat dengan berhati-hati dan maklumat yang lengkap kerana ia membabitkan implikasi perundangan.A
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DARAH SATRIA
Popular Posts
-
Macam – macam perangai budak-budak sekolah sekarang. Ada budak sekolah bertudung yang berani melakukan seks di tempat terbuka. Diorang n...
-
CLICK PHOTO PETALING JAYA: Siti Aishah Abdul Wahab, warga Malaysia yang dipercayai menjadi hamba domestik di London, tidak menyesal ...
-
CLICK PHOTO Hari ini MF terjumpa satu artikel menarik berkenaan seks bebas. Ini adalah kejadian sebenar yang berlaku pada remaja per...
-
KLIK PHOTO 1. Orang Yahudi mengaku kononnya mereka “manusia terpilih Tuhan”. Walaupun mereka dituduh menyalib Nabi Isa, walaupun dipaks...
-
CLICK PHOTO Gaduh sampai terbogel maruah diri, apa tindakan kita sebagai ibubapa ambil?nak disalah ibubapa? patut ke? nak disalahkan p...
-
Antara Orang-Orang Yang Bertanggung Jawab Menyebar Dakyah Syiah Di Malaysia Ialah: 1. Ketua Syiah Malaysia (Mohd Kamil Zuhairi Abd Azi...
-
KUALA LUMPUR 3 Julai – Model Felicia Yeap, 28, menganggap hari ini adalah hari kelahiran semula dirinya setelah menganut agama Islam secar...
-
KLIK PHOTO Sebenarnya admin tak nak keluarkan artikel ni sebab terlalu memalukan melihat kepada tingkah laku anak-anak pelaj...
Entri Malayan Fighter
-
▼
2014
(208)
-
▼
March
(33)
- Konspirasi Tangan GHAIB Disebalik Tragedi Pesawat ...
- Taktik Kotor Pakatan Rakyat Kantoi!!! #PRKKAJANG
- Lepas Ibu,Anak Pulak Kena Maki dan Dihalau Rakyat ...
- Wan Azizah Di halau peniaga.(video)
- Satelit China kesan tiga objek terapung Dipercayai...
- Satu objek dipercayai Milik kapal terbang #MH370
- Antara penjelasan yang terbaik berkenaan Pesawat M...
- Roomate Baru Masuk Untuk Menyewa Kena BUNUH?? (video)
- HANYA KERANA ANWAR IBRAHIM DOA MELAKNAT SESAMA ISL...
- PENTAGON Sahkan Tiada Letupan Pesawat Di Laut Chin...
- KES SAMUN PETANG SEMALAM (video)
- Insiden Pesawat MH370 Tidak Diisytiharkan Terhempa...
- MAS Dedah Nama Krew Pesawat MH370
- Kapal terbang MAS disahkan terhempas pada jam 5.2...
- KENALI CICIT RASULULLAH S.A.W!!! (2 gambar)
- KES LIWAT ANWAR: TINDAKAN TEGAS TERBABIT PERHIMPUN...
- Penyamun Rebah Makan Penerajang Maut!!(video)
- Sajak Buat Perwira Negara!! Al-fatihah
- Kes Liwat Bukti Terhadap Anwar Amat Jelas-Ketua Pe...
- Bila Seorang Yang Bergelar "DOKTOR" Hilang Kewaras...
- Wajah Sebenar Suspek Khinat Buang Al-Quran Dalam T...
- Pengedar Dadah Wanita Mati Ditembak Pembunuh Upaha...
- Teressa Cock kena tampar(video jelas)
- PANAS: Teresa Kok Ditampar Semasa Ceramah Di Pemat...
- Empat Warga Indon Di Tahan Susulan Serang Polis
- (Video) Rakaman CCTV Kes Khianat Di Masjid Limbong...
- Isteri Orang "Halal" Kepada Pejuang Islam Fisabili...
- Panas: Masjid Diceroboh,Al-quran Dibuang Dalam Jam...
- Gempar! 1 Polis Meninggal, 2 Warga Indonesia Mati ...
- LIKE THIS PAGE ON FACEBOOK!!!
- ISU BAJU LORENG ATM,RAKYAT KENA AMBIL PERHATIAN SE...
- Semua cina DAP memang jahat-Dr Ridhuan Tee (video)
- Pegawai Imigresen maut rempuh kereta
-
▼
March
(33)
prime radar patutnya kalau altitude tu drop 35000 kaki ke 500 kaki bukan leh hilang sekelip mata betul tak? ELT pun out... kalau menjunam dari 35000 ft berapa agaknya kelajuannya... maklumat awal mengatakan pesawat berada 35,000 sepatutnya tengah steady. melainkan aleron atau elevator pesawat ada masalah menyebabkan pesawat menjunam " perfect jump" dengan kuasa Allah tiada bahagian pesawat yang patah atau berkecai, maka berbalik kepada Maha Pencipta Allah SWT. Apa apa pun masih ada 2 juruterbang berpengalaman di dalam kokpit. takan dorang wat dek jer..
ReplyDelete