Penyakit ini umpama menjadi wabak yang tak dapat dibendung khusus di dalam PAS. Gelaran "ustaz anugerah " berasaskan pakaian serban dan berjubah beserta janggut sekelumit maka kenyataan dikeluarkan umpama fatwa; tak boleh ditegur hingga boleh dijatuh hukum "berdosa" dan boleh masuk neraka.
Wabak telah menjadi barah dalam PAS. Tambahan pula golongan syiah telah menyusup masuk ke dalam Parti PAS hingga tak terbendung lagi hingga mempengaruhi ahli-ahli PAS yang penganut Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Khalid Ismath, penganut Syiah adalah contoh yang merosakkan hingga virus syiah dah merebak dalam diri, mempersendakan Rasulullah SAW menjadi perkara biasa. Khalid Ismath yang hilang harga diri berlawak dengan diri nabi dan peristiwa israk dan mikraj.
Sekiranya perkara yang sebegini tidak diambil tindakan penguatkuasa, ditakuti akan berjangkit kepada golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Namun, apa yang pasti, "amaran" adalah budaya penguatkuasa Malaysia yang paling "popular" bahkan yang pernah ditangkap pun hanya diambil "kenyataan" dan dilepaskan dengan alasan biasa "tiada cukup bukti" sebagai mengaburi mata rakyat bahawa tindakan sudah diambil. sumber
Sila baca artikel ini juga : KLIK SINI
Jelas dia ingkar ayat Al-Quran Surah Al-Israa ayat 1 -
ReplyDelete[1]
Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
ALLAH KNOWS BEST
betul tu.....spptnya mamat ni dah lama diambil tindakan...tp makin menjadi2 pulak....
ReplyDelete