Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Sunday, 2 June 2013

KDN BEKERJASAMA DENGAN SKMM, CYBER SECURITY BANTERAS KANDUNGAN LANGGAR UNDANG-UNDANG


KDN BEKERJASAMA DENGAN SKMM, CYBER SECURITY BANTERAS KANDUNGAN LANGGAR UNDANG-UNDANG

Bagan Datoh, 25 Mei - Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta Cyber Security Malaysia untuk mengambil langkah segera membanteras penyaluran kandungan menyalahi undang-undang dalam media sosial oleh
kumpulan 'tentera siber' tertentu.

Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata langkah segera itu bagi memastikan maklumat yang disampaikan oleh individu atau kumpulan siber menerusi pelbagai media sosial seperti Facebook, Twitter serta blog adalah telus dan benar.



"Apa yang menjadi rungutan adalah kandungan laman sosial dan blog termasuk oleh kumpulan Red Bean Army adalah kerana kandungan itu menyentuh perkara yang termaktub dalam Akta Hasutan dan (isu) perkauman yang sensitif serta bersifat fitnah (iaitu) terkeluar daripada prinsip undang-undang," katanya kepada
pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar hari ini mengenai tindakan pelbagai pihak menggesa kerajaan bertindak tegas memerangi anasir jahat di laman siber seperti 'Red Bean Army' yang menggugat keharmonian rakyat berbilang kaum di negara ini.


Pihak berkenaan turut mendesak pihak berwajib meminda Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi menyekat fitnah dan hasutan yang cuba dipromosikan kumpulan siber berkenaan.

Ahmad Zahid berkata dasar mengenai media sosial yang dicetuskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah untuk memberi kebebasan dan pendapat
termasuk penubuhan 'cyber troopers' oleh parti politik dan pihak tertentu.

Bagaimanapun beliau berkata prinsip dan dasar itu sewajarnya dihormati berlandaskan tanggungjawab kepada negara serta undang-undang dan ia tidak sepatutnya disalahguna.

"Ini yang cuba kita elakkan. Kita mahu SKMM dan Cyber Security Malaysia dapat mengambil tindakan, bukan kerana kewujudan kumpulan 'cyber trooper' seperti 'Red Bean Army' tetapi disebabkan oleh kandungan di dalam media sosial berkenaan yang dikendalikan mereka," katanya.

Beliau berkata 85 peratus pengendali media baharu di negara ini dikendalikan pihak pembangkang media sosial negara ini tanpa sekatan dibuat oleh pihak kerajaan.

Apa yang menghairankan bahan-bahan yang dipaparkan kumpulan seperti Red Bean Army ini dipercayai oleh golongan profesional, teknokrat dan mereka yang berpendidikan tinggi, katanya

BERNAMA

1 comment:

  1. Setelah komunis gagal di hutan. Kini mereka telah bergerak di alam cyber.

    Mereka telah menggunakan kebebasan ini untuk propaganda dan dakyah untuk menghancurkan negara.

    Mereka tidak perlu berperang kekuatan cukup dengan pembohongan dan fitnash yang berterusan.

    Mereka pasti mendapat sokongan dan perlindungan daripada pengkhianat dan kumpulan yang ingin melihat negara ini musnah.

    Tindakan tegas mesti diambil oleh pihak berkuasa. Jangan jadikan puak yang sedikit menghancurkan rakyat yang ramai yang ingin hidup dalam negara kedamaian.

    Hancurkan mereka.

    ReplyDelete

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC