Sembilan orang
cedera, seorang daripadanya parah dalam kejadian angin kencang yang
melanda 21 kawasan di Pulau Pinang pada pukul 6.45 petang Khamis.
Ketua Polis
Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, kejadian itu
mengakibatkan sebuah pemancar telekomunikasi di atas Menara Umno di
Jalan Macalister di sini jatuh dan menghempap beberapa kenderaan yang
diparkir di tepi jalan.
Katanya, tujuh
kenderaan termasuk sebuah lori pikap rosak teruk akibat dihempap
pemancar telekomunikasi sepanjang kira-kira 20 meter itu dan pemandu
lori berkenaan cedera parah.
"Di daerah
Timur Laut terdapat lapan tempat yang terlibat di mana ada yang pokok
tumbang dan yang serius sekali di Jalan Macalister di mana antena
(pemancar telekomunikasi) atas bangunan Menara Umno telah jatuh dan
mengakibatkan seorang (pemandu lori pikap) cedera parah.
"Bagi daerah
Seberang Perai Tengah ada dua tempat yang terlibat dan daerah Seberang
Perai Utara ada 10 kawasan terlibat manakala di daerah Barat Daya
melibatkan satu kawasan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di
Jalan Macalister-Bernama
No comments:
Post a Comment