Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Monday, 3 June 2013

PANASS !!! TUNKU SULTAN MERONG MAHAWANGSA!! MUNCUL KEMBALI!!!





Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang memantau kegiatan sekumpulan lelaki diketuai seorang pemuda yang membawa Panji Hitam tertera logo Empayar Nusantara Langkasuka sehingga menimbulkan kebimbangan selepas ketua mereka mendakwa dirinya sebagai Pemuda Bani Tamim yang menjadi penyedia tapak kepada kemunculan Imam Mahdi.

Kumpulan itu dikhuatiri menyimpang daripada ajaran Islam susulan daripada pengakuan yang dibuat ketua mereka di sebuah akaun laman sosial miliknya.



Selain daripada pemuda itu, pengasas Al-Arqam Allahyarham Ashaari Muhammad turut pernah mengakui dirinya Pemuda Bani Tamim iaitu pemegang panji hitam.




Lebih membimbangkan, kumpulan itu dipercayai cuba memasuki Istana Anak Bukit, dekat sini, pada hujung bulan lalu dengan membawa beberapa panji hitam selain mendakwa pewaris sah Empayar Nusantara Langkasuka yang meliputi negara seperti Filipina, Indonesia dan Selatan Thailand.

Lelaki yang mendakwa dirinya Pemuda Bani Tamim dan juga pewaris sah empayar berkenaan membuat pengakuan di akaun laman sosial miliknya pada 22 Mac lalu, malah kumpulan itu turut dikesan di Kelantan selain kemunculannya di Kedah, bulan lalu. – myMetro online

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC