"Kes perhambaan kanak-kanak membabitkan pelajar Pusat Tahfiz Amal, PTA telah dimaklumkan
kepada Menteri Besar. Datuk sedang menghadiri mesyuarat exco," ujar blogger,
Lalu saya dibantu oleh sahabat bergerak ke Wisma Darul Aman, Alor Setar dan mendoakan
agar Datuk Mukhriz Mahathir tidak akan memandang remeh maklumat disalurkan
kepada beliau.
Sebelum itu, saya berpeluang merakamkan gambar PTA di Yan, Kedah.
Biarpun dianggarka jutaan ringgit telah dikutip oleh pelajar melalui penjualan pelbagai barangan,
pagar PTA masih boleh dimasuki dek gajah.
Tingkap PTA juga masih tidak berganti dan dibiarkan ternganga. Klik di sini untuk melihat
keadaan PTA direkodkan pada Februari lalu.
Bagaimanapun pada kira-kira jam 1.45 tengahari tadi, saya terlihat kelibat ramai
kanak-kanak di PTA.
Saya bersama sahabat kemudian bergerak menemui beberapa penduduk tinggal
kurang 100 meter dari PTA.
"Memang pelajar menjual barang, banyak kali terjumpa. Penduduk di sini memang TIDAK
menghantar anak ke PTA. Keluarga tinggal jauh, di Perak, Kuala Lumpur, Johor,
tidak mengetahui hal terjadi, menghantar anak mereka ke PTA. Pelajar mengaji
pada waktu pagi dan menjual barang pada waktu petang. Kalau orang ramai,
mereka dihantar keluar ke bandar untuk menjual di sekitar bank," ujar wanita ditemui.
Penduduk mendakwa rela menghantar anak mereka ke asrama di sekolah lebih
jauh untuk belajar berbanding ke PTA.
"Pelajar memang tidak dibenarkan keluar. Kami tidak begitu kenal dengan tenaga pengajar
PTA," tambah wanita dianggarkan berusia awal 40 an.
Kami kemudian bank di Mergong, Alor Setar.
BACA SELANJUTNYA DISINI-->BERSAMA MAZIDUL
No comments:
Post a Comment