Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Monday, 3 June 2013

EKSKLUSIF !!! ISU KALIMAH ALLAH !!! PENDEDAHAN MEMORANDUM SEKRETARIAT MENDAULATKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA ISLAM


Berikut adalah Memorandum daripada Sekretariat Mendaulatkan Islam Sebagai Agama Persekutuan berhubung isu penyalahgunaan nama “Allah” yang telah diserahkan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu bersempena Mesyuarat Majlis Raja-raja Yang ke-231 yang telah diadakan pada 27 Februari 2013 untuk penelitian dan titah Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu. Untuk maklumat terkini kes nama “Allah’ di peringkat Mahkamah Rayuan,sila baca di sini


Memorandum 
Dengan penuh hormat dan takzimnya,Sekretariat Mendaulatkan Islam Sebagai Agama Persekutuan (SEKRETARIAT),merafak sembah dan memohon perkenan Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu untuk meneliti dan seterusnya mengampun perkenan titah ke atas Memorandum berhubung perkembangan terkini berkaitan isu penyalahgunaan nama suci ‘Allah’.Memorandum ini telah dizahirkan akibat kegusaran dan kekhuatiran umat Islam yang terbit dari perkembangan mutakhir, di mana kesucian nama ‘Allah’,sebagaimana terpelihara dalam Perlembagaan Persekutuan, Undang-undang Tubuh Negeri-negeri, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri-Negeri, Fatwa-fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan, Fatwa-fatwa Majlis Fatwa Negeri-negeri serta kuasa-kuasa mutlak Raja-raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam, boleh dan telahpun tercemar.Memorandum ini adalah ikhtiar terdesak SEKRETARIAT yang mewakili pelbagai lapisan umat Islam,khususnya Pertubuhan-pertubuhan Islam Bukan Kerajaan, tokoh-tokoh pemimpin umat Islam, gagasan individu Melayu dan Muslim terkemuka, pemikir-pemikir arus perdana serta Badan-badan yang berkongsi keprihatinan yang sama. Justeru, DYMM Raja-Raja Melayu yang telah bersumpah Syar`iy dengan melafazkan “Wallahi,Wabillahi, Watallahi” untuk “memelihara pada setiap masa Agama Islam” dirayu untuk meneliti dan mengeluarkan titah ke atas keadaan yang amat membimbangkan ini. 

Keprihatinan SEKRETARIAT 
SEKRETARIAT prihatin dan gusar melihat usaha-usaha sesetengah pihak untuk menyalahgunakan nama suci Allah yang seterusnya boleh menimbulkan kekeliruan dan ketidakmasyarakat Muslim khususnya orang Melayu yang sememangnya sangat komited dalam memelihara kesucian agama Islam terutamanya nama suci Allah, dan juga penganut Islam daripada keturunan lain. Konsep ketuhanan berasaskan mentauhidkan ‘Allah’ yang dianuti oleh masyarakat Muslim di dalam realiti Malaysia dan konteks Muslim dan tradisi, kebudayaan dan sejarah Melayu di Malaysia,ialah Allah dalam ertikata agama tauhid,bercanggah dengan konsep Tuhan Triniti sebagaimana yang difahami oleh penganut agama Kristian 

Perkembangan Mutakhir 
Sebagai makluman Ke Bawah DYMM Raja-raja Melayu,mutakhir ini telah berlaku suatu lagi penghinaan terhadap institusi Raja-Raja Melayu, khususnya terhadap DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan. Pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menerima surat daripada sebuah firma guaman, Tetuan Azri, Lee Swee Seng & Co. bertarikh 10 Januari 2013 berhubung beberapa aspek mengenai larangan penggunaan nama Allah oleh orang bukan Islam seperti yang dititah DYMM Sultan Selangor. Surat tersebut antara lain menyifatkan kenyataan MAIS tersebut sebagai bercanggah dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan memo dalaman daripada Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri bertarikh 8 April 2011.SEKRETARIAT,mewakili sentimen umat Islam amnya, merasa amat kesal kerana tindakan ini yang bersifat mempertikaikan kedudukan DYMM Sultan Selangor sebagai Ketua Agama Islam di negeri Selangor Darul Ehsan seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959.

 SEKRETARIAT berpendirian bahawa titah DYMM Sultan Selangor berhubung larangan penggunaan nama Allah adalah dibuat selaras dengan kuasa Baginda dan mengikut peruntukan dalam Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 yang masih berkuat kuasa sejak ia diwartakan pada 7 Julai 1988. Di negeri Selangor, Seksyen 9, enakmen berkenaan yang diwujudkan selaras dengan Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan,secara jelas melarang nama Allah daripada digunakan oleh orang bukan Islam dalam apa-apa perkara yang berkaitan dengan agama mereka. Susulan perkembangan mutakhir tersebut, SEKRETARIAT menyembah kepada DYMM Raja-Raja Melayu perasaan prihatin dan khuatir yang amat sangat dengan sikap pihak-pihak yang masih berdegil mengambil tindakan-tindakan yang menghakis kedaulatan agama Islam. Ini termasuklah mencetak dan menerbitkan bible di dalam bahasa melayu serta mengedarkan bible seumpama itu kepada pelajar-pelajar di Pulau Pinang dan memanipulasi isu penyalahgunaan nama suci Allah. Sedangkan kedudukan undang-undang setakat ini masih bersifat status quo, kerana kes-kes mahkamah dalam isu ini masih belum dimuktamadkan.

Berikut adalah sedikit ringkasan kes-kes tersebut :
i) MENTERI DALAM NEGERI & 1 LAGI v TITULAR ROMAN CATHOLIC ARCHBISHOP OF KUALA LUMPUR: MRRS No. W-01-1-2010 

Berikutan daripada keputusan YA Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Disember 2009 terhadap permohonan Semakan Kehakiman oleh Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur, Jabatan Peguam Negara telah memfailkan rayuan bagi pihak Perayu-perayu di Mahkamah Rayuan pada 4 Januari 2010 dan telah memfailkan Rekod Rayuan pada 25 Februari 2010.Pada masa ini, tarikh pendengaran rayuan tersebut masih belum ditetapkan oleh Mahkamah Rayuan. Pada 6 Januari 2010,YA Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membenarkan permohonan Peguam Negara Malaysia untuk menggantung pelaksanaan dan prosiding seterusnya berhubung dengan keseluruhan keputusan YA Hakim tersebut sehingga rayuan Perayu-perayu di Mahkamah Rayuan dilupuskan dengan muktamad.
ii) JILL IRELAND BINTI LAWRENCE BILL v MENTERI BAGI KESELAMATAN DALAM NEGERI & 1 LAGI; MTKL SEMAKAN KEHAKIMAN No. R492-25-256-2008 
  

Permohonan Pemohon untuk mendapatkan kebenaran (leave application) untuk memohon semakan kehakiman terhadap keputusan Menteri Dalam Negeri di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah dibenarkan oleh YA Hakim Mahkamah Tinggi pada 4 Mei 2009.Setakat ini,YA Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur masih belum mendengar permohonan substantif bagi Semakan Kehakiman ini.Kes ini masih di peringkat Pengurusan Kes.Tarikh sebutan Pengurusan Kes yang akan datang ialah pada 28 Februari 2013.SEKRETARIAT berpandangan bahawa apapun keputusan akhir mahkamah dalam kes-kes di atas, ia perlu dibataskan kepada fakta-fakta khusus kes-kes tersebut. Ia tidak boleh difahami sebagai mengurangi kesan dan skop peruntukan-peruntukan yang sedia ada berkaitan dengan Islam yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan serta mana-mana undang-undang lain yang sedang berkuatkuasa terutamanya Enakmen-enakmen Negeri berkaitan Kawalan Pengembangan Agama Bukan Islam di Kalangan Penganut Islam.Peruntukan Enakmen-enakmen ini jelas menyatakan bahawa sesetengah perkataan termasuk nama suci ‘Allah’ adalah khusus untuk kegunaan Agama Islam. Enakmen-enakmen ini adalah undang-undang yang sah serta perlu dikuatkuasakan dengan lebih bersungguh-sungguh.
Pendirian serta RANCANGAN TINDAKAN SEKRETARIAT 

Susulan dari Majlis Taklimat pada 30 Januari 2013 di Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara,Kuala Lumpur,anjuran pihak SEKRETARIAT yang telah menghimpunkan para pimpinan Pertubuhan-pertubuhan Islam dan Melayu, tokoh-tokoh pemimpin umat Islam, para tokoh Melayu terkemuka, pemikir-pemikir arus perdana serta Badan-badan lain yang berkongsi keprihatinan yang sama berkaitan dengan isu ini, SEKRETARIAT telah memutuskan untuk terus memantau dan meneliti perkembangan seterusnya serta menyusun langkah-langkah yang konkrit dalam menangani keadaan ini dengan penuh hikmah. Dalam masa yang sama, SEKRETARIAT menginsafi bahawa gerak kerja secara bersinergi, lebih-lebih lagi berpayungkan titah-titah tegas DYMM Raja-Raja Melayu amat penting dan kritikal jika keadaan ini hendak ditangani dengan berkesan. SEKRETARIAT khuatir sekiranya tindakan yang segera dan jitu tidak diambil, maka krisis yang lebih besar akan berlaku di kalangan masyarakat di dalam negara ini. Justeru, SEKRETARIAT memikul amanah berat untuk menyembahkan harapan besar umat Islam di negara ini yang menyanjung tinggi kedudukan DYMM Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama dan Negeri, agar DYMM Raja-Raja Melayu sentiasa dianugerahkan daulat dan kudrat oleh Allah SWT untuk menzahirkan titah-titah yang bertepatan sesuai dengan penilaian yang teliti dan syumul DYMM Raja-Raja Melayu.

Sekretariat mempersembah maklum ke bawah DYMM Raja-Raja Melayu bahawa gabungan Badan-badan Islam bukan kerajaan yang bernaung bawah PEMBELA, telah membuat suatu laporan polis pada 18 Januari 2013, terhadap firma guaman Tetuan Azri, Lee Swee Seng & Co. berhubung tindakan firma guaman tersebut yang telah menghina kedudukan dan kedaulatan Sultan Selangor selaku Ketua Agama Islam bagi negeri Selangor, melalui suatu surat mereka bertarikh 10 Januari 2013, sebagaimana yang telah disentuh dalam 4.1.1.di atas. Laporan polis tersebut dibuat bagi menggesa pihak polis memulakan satu siasatan menurut Seksyen 298A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan kesalahan melakukan perbuatan yang boleh menyebabkan perpecahan harmoni dan perpaduan, rasa tidak puas hati dan prejudis berdasarkan agama.
Rayuan SEKRETARIAT kepada DYMM Raja-raja Melayu 
6.1.1 DYMM Raja-Raja Melayu menetapkan suatu agenda khas untuk perkara ini diperhalusi dan diputuskan tindakannya di dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja akan datang; 
6.1.2 SEKRETARIAT memohon perhatian dari Ke Bawah DYMM Raja-Raja Melayu agar titah penegasan dapat disampaikan melalui Majlis-majlis Agama Islam Negeri-negeri supaya tindakan tegas melalui peruntukan undang-undang yang terdapat dalam Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Negeri-negeri diambil untuk membendung perkembangan yang tidak sihat dan bahaya ini. 
6.1.3 DYMM Raja-Raja Melayu mengeluarkan titah peringatan tegas kepada para pemimpin parti-parti politik,sama ada yang beragama Islam atau bukan beragama Islam, untuk menghormati larangan penggunaan nama ‘Allah’ di kalangan bukan Islam menurut kedudukan undang-undang sedia ada, serta tidak menjadikan isu ini sebagai alat untuk meraih sokongan politik yang sempit dan tidak bertanggungjawab; 
Menjunjung kasih Tuanku.-SUMBER
RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC