Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Saturday, 29 June 2013

BILA BANGSAT MELAYU MENONJOLKAN DIRI??

Begitu rapuh dan mudahnya kekuatan warga kontraktor Melayu Pulau Pinang (tidak semua) apabila dengan  mudah sanggup bersekongkol dengan Rejim DApigs semata-mata kerana sikap pentingkan diri serta tamak.
Baru-baru ini satu majlis makan malam bersama warga kontraktor telah dianjurkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan rejim DAPigs , siapa lagi kalau bukan Guan Eng.Maka berpusu-pusulah warga kontraktor hadir untuk sama-sama dengan ketua menteri Pulau Pinang.
Namun yang menghairankan jemputan yang di buat oleh kerajaan negeri itu tidak pula melalui persatuan apatah lagi sampai kepada YDP Persatuan Dato' Haji Mohamed Fadzil Hassan.Mengapa agaknya perkara sebegini boleh berlaku sedangkang yang menjemput itu adalah kerajaan negeri yang pimpinannya sering melalak dengan CATnya.
Malah melihat kepada aturcara majlis jelas sekali Guan Eng dan kerajaan negeri Pulau Pinang telah membelakangkan PKMMPP itu sendiri apabila hanya menyediakan ucapan wakil kontraktor Pulau Pinang dan ianya di lihat seolah-olah wujud perbincangan awal untuk menafikan hak YDP PKMMPP itu sendiri.
Apakah sesuatu sedang di susun di sini ?
Cekap , Akauntibiliti & Telus apa jika majlis sebegini pun Guan Eng dan kerajaan negeri bertindak seperti kebudak-budakkan ? 
Lebih mengejutkan di beritakan pula mana-mana kontraktor yang tidak hadir ke majlis bersama anak Kit Siang ni akan di senarai hitamkan daripada mendapat sebarang projek daripada kerajaan negeri selepas ini.
Hebat ! Satu lagi permainan kotor kerajaan DAPigs bagi menghancurkan orang-orang Melayu khususnya kontraktor-kontraktor yang menyokong UMNO dan Barisan Nasional.
Seperkara yang harus kita tahu adalah kerajaan negeri kali ini agak licik apabila telah memancing seorang lagi kontraktor berbangsa Melayu di mana beliau sekarang ini merupakan Timbalan YDP PKMM Negeri Pulau Pinang iaitu Dato ' Izham Omar Merican dan beliaulah sebenarnya yang menjadi agen kepada Guan Eng bagi menghapuskan kontraktor-kontraktor Melayu dengan menyenarai hitamkan mereka-mereka yang pro kepada UMNO dan Barisan Nasional.
Kejadian ini sebenarnya telah berlaku agak lama dan melalui sumber Dato' Izham Omar di percayai melobi projek-projek daripada kerajaan negeri Pulau Pinang sebelum ini untuk kroni-kroninya.
Jika melihat laporan daripada Free Malaysia Today jelas Dato' Izham Omar telah lama bersama kerajaan DAPigs di Pulau Pinang apabila mengeluarkan kenyataan media menyokong projek-projek kerajaan negeri khususnya pembinaan terowong bawah tanah pada ketika rakyat di Seberang Perai menolak cadangan pembinaan terowong tersebut.Klik SINI & SINI .
Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Pulau Pinang (PKMMNPP) menyokong penuh empat projek infrastruktur yang dirancang kerajaan Pulau Pinang.
“Kami sangat mengalu-alukan projek-projek tersebut kerana ia bertujuan untuk mengurangkan masalah kesesakan lalulintas di Pulau Pinang serta akan memacu pembangunan ekonomi negeri, terutamanya di Seberang Perai Utara (SPU).
“Projek-projek yang dicadangkan ini akan membawa faedah kepada semua rakyat SPU termasuk masyarakat Melayu yang merupakan majoriti di SPU.
“Justeru, terowong bawah laut yang menghubungkan Bagan Ajam dengan Gurney Drive akan menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi yang kritikal,” kata timbalan yang dipertua PKMMNPP, Dato Izham Dato Omar Merican dalam satu kenyataan media hari ini.Baca Selanjutnya 
Malah kenyataan daripada Dato' Izham tersebut turut di muat naik ke dalam Roketkini.com dan mereka menggambarkan ianya seolah-olah di restui oleh semua pihak dalam PKMMPP khususnya Dato' Haji Mohamed Fadzil Hassan selaku YDP sedangkan pada hakikatnya Dato' Fadzil langsung tidak tahu menahu tentang kenyataan media tersebut.
Dalam masa yang sama di beritakan besok 30 Jun 2013 akan berlaku pertandingan dalam PKMMPP di City Bayview Pulau Pinang bagi melantik jawatankuasa yang baru.Sudah pasti jawatan YDP PKMMPP akan di pertandingkan dan jika melihat kepada apa yang MMI catatkan di atas maka hampir pasti sedikit sebanyak ianya memberikan gambaran bahawa Dato' Izham merupakan proksi kepada kerajaan negeri untuk memecah-belahkan khususnya kontraktor-kontraktor Melayu di Pulau Pinang apabila bakal bertanding menentang Dato' Haji Mohamed Fadzil Hassan sebagai YDP PKMMPP yang baru.
Inilah sebenarnya "Api Dalam Sekam" yang menghantui orang-orang Melayu di Pulau Pinang apabila orang melayu sendiri sanggup menikam sesama sendiri.
Melihat kepada sokongan mereka terhadap projek terowong bawah tanah sahaja jelas ianya bukan untuk kebaikan orang Melayu tetapi lebih kepada projek dan kantung poket sendiri yang boleh di kikis daripada hasil gadaian maruah serta prinsip mereka kepada Guan Eng dan konco-konconya.
Memetik kenyataan sahabat blog GPB , mula-mula dia sentuh  kalimah Allah , selepas itu isu peniaga Melayu Uptown Bandar Perda .. kali ini dalam persatuan  kontraktor Melayu pula .... Apa lagi selepas ini ???
SUMBER : MMI

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC