Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Wednesday 19 June 2013

PANAS:(GAMBAR) Lima Penyamun Restoran Berjaya Ditahan!


GAMBAR: Lima Penyamun Restoran Berjaya Ditahan Selepas Rempuh Kereta Peronda | Hulu Selangor – Seorang anggota polis cedera selepas kereta peronda dipandunya dirempuh sebuah kereta dinaiki lima penjenayah, petang kelmarin.

Mangsa berpangkat Lans Koperal berusia 30-an yang juga anggota unit peronda Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor, di sini, mengalami kecederaan di jari kelingking kiri dan lutut kanan akibat rempuhan itu.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, pihaknya menerima makluman mengenai satu kejadian samun di sebuah restoran di Tanjung Malim, Perak, dekat sini, dan lima suspek menaiki sebuah kereta jenis Perodua Myvi melarikan diri menghala Kuala Kubu Baru, kira-kira jam 2.30 petang.


Difahamkan, lima suspek terbabit dikatakan menyamun pemilik dan pelanggan restoran berkenaan menggunakan senjata parang sebelum melarikan diri namun, salah seorang pelanggan sempat mencatat nombor pendaftaran kereta yang dinaiki suspek lalu menghubungi polis.

“Bertindak atas maklumat diterima, sebuah unit peronda dipandu mangsa diarahkan untuk membuat sekatan jalan raya.

Kereta suspek berjaya dikesan di lampu isyarat Batang Kali menghala ke Serendah.-hmetro online

2 comments:

  1. terima kasih PDRM...teruskan khidmat cemerlang anda

    ReplyDelete
  2. Puak PR pasti akan katakan ini semua kerana salah UMNO dan BN. Puak SUARAM dan SUHAKAM akan marahkan polis kerana melayan penyamun dengan tidak payungkan mereka dan terdedah pada panas matahari, serta tidak di sediakan tilam untuk penyamun ini tidur.

    ReplyDelete

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC