RSN Rayer BIADAP!!
KUALA PILAH - “Jangan hina bangsa lain dengan mengeluarkan kata-kata
biadab dan kurang ajar," tegas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri
Mohamad Hasan terhadap Adun Sri Delima, RSN Rayer yang menghina Umno
ketika sidang Dun Pulau Pinang, baru-baru ini.
Menurut Mohamad, kenyataan sebegitu boleh menimbulkan kemarahan, sekali
gus mencetuskan perbalahan.
“Kita ada maruah. Jangan hina orang Melayu dan Umno kerana itu perbuatan
tidak sopan dan kurang ajar.
“Saya rasa terhina apabila orang dengan mudah memijak kepala kita,
seolah-olah apa yang dilakukan bukan suatu kesalahan besar,” katanya.
Menurutnya, meskipun berbeza ideologi politik tetapi perasaan saling
hormat-menghormati perlu dipelihara memandangkan masyarakat di negara
ini berbilang bangsa.
“Setiap bangsa perlu menjaga hati dan perasaan bangsa lain.
Walaupun tidak suka Umno, tidak boleh buat begitu. Kalau ada yang tak
puas hati, ada caranya, disampaikan dengan penuh adab dan
bersopan-santun,” katanya pada majlis gotong-royong dan mini festival
masakan kuih tradisional Negeri Sembilan di Dewan Renggoh, dekat sini,
kelmarin.
No comments:
Post a Comment