Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Monday, 19 May 2014

“Sejarah membuktikan bahawa orang Melayu akan mudah terpedaya dengan taktik seumpama itu.-Tun Dr Mahathir



MELAKA: Tindakan DAP meletakkan wanita muda berbangsa Melayu sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan adalah sebagai langkah mengalih pandangan pengundi Melayu terhadap parti itu.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak terkejut jika pengundi Melayu di kawasan berkenaan akan memberi undi kepada calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud.

“Sejarah membuktikan bahawa orang Melayu akan mudah terpedaya dengan taktik seumpama itu.

“Ini hanyalah gimik, jika DAP muncul sebagai pemenang…biarkanlah,” katanya selepas menghadiri program ‘Bicara Canselor’ di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di sini pada Isnin.

PRK Parlimen Teluk Intan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Dyana Sofya menentang calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong.

Selain itu Mahathir turut melahirkan kekecewaannya kerana Dyana Sofya lahir daripada keluarga penyokong Umno.

“Jika beliau datang daripada keluarga penyokong pembangkang tidak mengapa, tapi malangnya beliau tidak disemai mengenai perjuangan Umno sejak kecil,” katanya.

1 comment:

  1. kalu emak bolih cakap kepada anak yg sah sah derhaka...aku tak halalkan air susu aku untuk kau...tapi kalu UMNO yg mneyuap spesis begitu..apa yg kuta bolih cakap

    ReplyDelete

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC