Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Tuesday, 20 May 2014

Kemalangan Maut, Gurauan Di Tanah Perkuburan Jadi Kenyataan



Jempol – Ini kubur aku, itu kubur engkau…

“Itu antara ayat gurauan mereka ketika sibuk membersihkan kubur. Namun, kami tidak sangka gurauan itu menjadi kenyataan,” kata Jumari Jamalludin, 29, abang salah seorang daripada tiga mangsa kemalangan yang maut dekat sini, kelmarin.

Menurut Jumari, mangsa bergurau memilih kubur masing-masing ketika gotong-royong membersihkan kawasan tanah perkuburan Islam Felda Palong 13, anjuran belia kawasan berkenaan pada waktu petang sebelum kejadian.

Muhammad Faizal Jamalludin, 14, Mohamad Aflin Norirfan Md Jani, 15 dan Muhammad Syahreedzwan Mohmad Abdullah, 17, disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Klinik Kesihatan Felda Palong Sembilan.

Seorang lagi rakan mereka, Mohd Mois Ikmal Mohd Nasir, 16, cedera parah dan dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah.

Jumari, abang ketiga Muhammad Faizal berkata, adiknya bersama dua lagi rakannya itu sememangnya berkawan rapat sejak kecil walaupun umur mereka berbeza.

“Mereka memilih satu kawasan lapang dekat dengan pokok di tanah perkuburan terbabit sambil menunjukkan lokasi kubur tempat mereka bakal dikebumikan kelak,” katanya.

Menurut abang kedua Muhammad Faizal, Rosdi, 31, dan ibu mereka, Asiah Roslan, 46, adik bongsu daripada lima beradik itu, tidak banyak bercakap seminggu sebelum kejadian.

“Adik memang seorang yang ceria dan periang, cuma sejak seminggu lalu dia lebih banyak mendiamkan diri.

“Petang sebelum insiden juga, adik bersama dua rakannya itu kelihatan gembira sambil membawa motosikal dengan gerabak pembawa sawit, mengelilingi kawasan kampung,” katanya.

Difahamkan, semua mangsa yang maut merupakan anak bongsu dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Felda Palong 11.

Jenazah ketiga-tiga mangsa dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Felda Palong 13.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Hamzah Alias berkata, ketika kejadian jam 9.30 malam, semua mangsa menaiki motosikal secara berasingan.

“Tiga motosikal yang dinaiki kesemua mangsa datang dari arah jalan Felda Palong 16, manakala sebuah lagi motosikal yang dinaiki oleh Muhammad Faizal datang dari laluan bertentangan. Tiba di tempat kejadian kenderaan dinaiki semua mangsa bertembung antara satu sama lain.

“Akibatnya, tiga mangsa maut ketika mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Felda Palong Sembilan, dan seorang lagi cedera parah. Jenazah mangsa dibawa ke Hospital Jempol untuk dibedah siasat sebelum dituntut oleh keluarga masing-masing,” katanya.

1 comment:

  1. Thankms for ones marvelous posting! I definitely enjoyed reading it, you will be a
    great author. I wwill be sure to bookmark your blog
    and will come back someday. I want to encourage you to
    ultimately continue your great posts, havee a nice holiday
    weekend!

    Also visit my weblog ... parim sms laen

    ReplyDelete

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC